Jailani melihat demontrasi yang dilakukan oleh pihak bomba dalam operasi menyelamat ketika banjir
Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak benar melalui media sosial seperti 'Facebook' dan 'Whatapps' berkaitan banjir yang dijangka berlaku di beberapa negeri berikutan musim tengkujuh.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dato' Seri Jailani Johari berkata, penyebaran maklumat palsu terutama melalui aplikasi di laman sosial dijadikan medan menyebarkan fitnah yang menimbulkan rasa panik masyarakat adalah dilarang sama sekali.
Katanya, SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir yang akan turut menjejaskan operasi pasukan keselamatan terlibat.
"Saya nasihatkan jangan sesekali terima bulat-bulat tentang apa yang disiarkan dan disebar dalam media sosial, jangan percaya terus maklumat diterima, sebaliknya kena buat pengesahan dan rujukan kepada pihak yang berkaitan.
"Sebagai pengguna yang terdedah kepada akses internet, setiap individu perlu bijak menilai maklumat atau berita yang tidak tentu kesahihannya.. rujukan boleh dibuat sama ada dengan pihak pengurusan bencana seperti Pejabat Daerah atau pihak keselamatan dan berwajib seperti polis atau bomba,"katanya.
Jailani berkata demikian kepada pemberita di Pelancaran Skuad Sukarelawan Bencana P038 & Penyampaian Vest CDERT di Dataran Lubuk Bayas, Sungai Kampung Menerong, Hulu Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu(JPNT), Nasrudin H.Mahmud, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam(APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA, Che Adam A Rahman.

Jailani mencuba sistem radio amatur yang akan ditempatkan di semua pusat pemindahan banjir di Hulu Terengganu
Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut berkata, Hulu Terengganu menjadi parlimen pertama yang melancarkan Skuad Sukarelawan Bencana di Terengganu.
Berhubung khidmat telekomunikasi, beliau berkata pihak kementerian turut mengambil perhatian serius dan memantau setiap masa aspek perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara terutama di kawasan dinaiki air bagi memastikan tidak terputus hubungan. Sebagai persediaan, syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi turut melaksanakan program kesiapsiagaan menghadapi bencana secara fizikal seperti penyelenggaraan tapak menara, penyediaan genset mudah alih, telefon satelit Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), bot, peralatan komunikasi radio amatur dan pasukan gerak bencana. Sementara itu, Che Adam A Rahman berkata, semua jabatan, agensi penyelamat dan pejabat daerah berada dalam 'mood' kesiapsiagaan menerima sebarang kemungkinan. "Kita juga lakukan adakan rondaan berkala turut di kawasan rendah atau berisiko. Hebahan maklumat atau nasihat akan dibuat melalui media massa dan media sosial,"katanya. - teganukite.net |