Ahmad Razif ditemani isteri, To' Puan Halina Zakaria meninjau kemudahan yang ada di Bangunan Ibu Tunggal Kampung Serdang Baru, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.
Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu disarankan agar melaksanakan pelbagai program untuk ibu tunggal dengan skala lebih besar.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata dengan bangunan pentadbiran baru untuk ibu tunggal Terengganu yang telah siap dan diserahkan kepada YPK, menjadi tanggungjawab mereka untuk mengisi aktiviti bagi membantu golongan ibu tunggal. Katanya, dengan adanya program berskala lebih besar, ianya mampu menjana pendapatan ibu tunggal yang berada di Terengganu. "Jadi antaranya ialah dari segi aktiviti jahitan. Mungkin kita akan minta supaya aktiviti ini dibuat dalam bentuk kilang yang boleh menyediakan pakaian berjenama atas nama ibu tunggal negeri Terengganu. "Pakaian ini boleh kita pasarkan bukan hanya di dalam negeri malah ke negeri lain serta ke luar negara dan saya minta YPK untuk ketuai program ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Bangunan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Nerus di Bangunan Ibu Tunggal Kampung Serdang Baru, Kuala Nerus, hari ini.
Turut hadir Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Wakil Kelab Ibu Tunggal Parlimen Kuala Nerus, Ajizah Othman. Bangunan Ibu Tunggal Kuala Nerus yang siap dibina pada Februari 2013 dengan kos RM266,183 tersebut adalah bertujuan untuk golongan ibu tunggal melaksanakan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan di situ termasuk kursus masakan, jahitan, solekan, urutan serta kelas al-Quran.
Tambah Ahmad Razif, program-program ibu tunggal juga akan dijadikan sebagai aktiviti yang mampu mempromosikan pelancongan di Terengganu.
"Terengganu adalah salah satu destinasi yang akan diberi fokus untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020. "Jadi saya minta YPK fikirkan apakah aktiviti atau program yang boleh kita masukkan sebagai aktiviti pelancongan dimana kita boleh libatkan persatuan-persatuan ibu tunggal di negeri ini," katanya. Dalam majlis tersebut, Ahmad Razif turut meluluskan bantuan pengurusan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Tunggal Kuala Nerus selain persatuan di empat DUN dalam parlimen itu masing-masing menerima RM5,000. Melalui maklumat yang diperolehi oleh YPK, seramai 32,161 ibu tunggal telah berdaftar di bawah agensi tersebut sehingga 2017. - teganukite.net |
Sunday, 11 February 2018
Related Posts:
Litar Antarabangsa Gong Badak bakal beroperasi Januari depan - Ahmad Razif KUALA TERENGGANU: Litar bertaraf antarabangsa yang dibina di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dijangka dapat digunakan mulai Januari tahun hadapan. Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata … Read More
Tanggapan satu daripada empat rakyat Terengganu sakit mental tidak benar KUALA TERENGGANU: Berita yang diviralkan kononnya satu daripada setiap empat rakyat Terengganu mengalami sakit mental adalah tidak benar, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman. Beliau berkata jumlah tersebut sebenar… Read More
Kembali kepada Al-Quran demi perpaduan UMNO - Ahmad Razif MARANG: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menasihati anggota-anggota UMNO negeri supaya berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran khususnya dalam memelihara perpaduan sesama mereka. Beliau berkata ajaran Al-Q… Read More
Kira-kira 30 orang cedera selepas belon berisi gas meletup KUALA TERENGGANU: Kira-kira 30 orang termasuk kanak-kanak dan dewasa cedera selepas belon berisi gas dipercayai meletup pada pukul 11.30 pagi di Dataran Batu Burok di sini. Letupan belon gas tersebut dikatakan berlaku a… Read More
Suspek tikam abang kekasih direman tujuh hari KUALA TERENGGANU: Lelaki yang menikam abang kekasihnya hingga mati Ahad lalu direman tujuh hari hingga Rabu depan. Perintah reman dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi terhadap suspek berusia 29 tahun dari Kampun… Read More