Sunday, 11 February 2018


Kementerian Pendidikan dengan perakuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) kini membenarkan kanak-kanak 'anak jalanan' yang tidak mempunyai dokumen lengkap memasuki alam persekolahan.

Menterinya, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata anak-anak yang tidak diketahui asal usulnya dibenarkan bersekolah biarpun tidak memiliki dokumen kelahiran yang lengkap.

"Kita benarkan kanak-kanak itu bersekolah di mana-mana sekolah dengan syarat mendapat perakuan daripada JKM atau mahkamah tentang statusnya atau mengesahkan di mana kanak-kanak itu dijumpai dan berapa lama dipelihara oleh JKM.

"Ini termasuklah mana-mana ibu bapa yang memelihara anak angkat warga asing supaya mereka juga dapat bersekolah  seperti kanak-kanak lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Kolej Tingkatan 6 Hulu Terengganu (HuTeCs) & Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung PIBG Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Seri Jailani Johari; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, Bazlan Abd Rahman.

Tambah Mahdzir, sebelum ini Kementerian Pendidikan telah melonggarkan syarat dengan salah seorang daripada ibu bapa kanak-kanak yang mahu memasuki sekolah itu mestikan warganegara (Malaysia). - teganukite.net

Related Posts:

  • Politeknik Ke-34 Di Besut Hasrat kerajaan untuk menjadikan Daerah Besut sebagai hab pendidikan utama di Terengganu akan menjadi kenyataan apabila sebuah politeknik baharu akan dibina tidak lama lagi. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  su… Read More
  • TI Sumbang RM200 Ribu Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA Dr. Wan Ahmad Rudirman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pengetua SMASZA, Aziz Muda dan disaksikan oleh Shafruddin. Terengganu Incorporated (TI) menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Pembangunan Ma… Read More
  • 5,000 Graduan Mahu Dilahirkan Dari Politeknik Setahun Timbalan Perdana Menteri bersama kepimpinan negeri melambai tangan kepada hadirin sempena Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut di Bukit Keluang, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Timbalan Perdana Menteri, D… Read More
  • Jualan HPPNK Cecah RM270 Juta Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK17) berjaya mencatat nilai jualan keseluruhan mencecah hampir RM270 juta sekali gus membuktikan kejayaan penganjurannya. Menteri Pertanian dan Industri Asas Ta… Read More
  • Cari Keberkatan Dalam Bekerja-SUK Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman  (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail… Read More

Demi Masa

RABU, 19 Mac 2018
8:05 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74714
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan