Monday, 12 February 2018

Mohd Zubir menyampaikan QBD kepada salah seorang OKU penglihatan di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Pertubuhan Kebajikan Shafar menyerahkan 150 buah Quran Brailee Digital (QBD) secara percuma kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu.

Presiden pertubuhan tersebut, Fauziah Shaikh Omar berkata sehingga kini, 300 unit QBD telah diagihkan di tiga buah negeri iaitu di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan juga Terengganu.

Katanya, pihaknya berhasrat untuk mengedarkan sebanyak 1,000 unit Quran tersebut sepanjang tahun ini.

Fauziah

"Setiap QBD ini berharga RM400. Jadi saya merayu kepada orang ramai dan badan korporat membantu kita untuk mengedarkan Quran ini. Sebolehnya saya nak setiap golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia memilikinya.

"Saya rasa kalau bekerjasama dengan orang ramai dan badan korporat, kita akan dapat capai 1,000 unit," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Quran Brailee Digital Oleh Pertubuhan Kebajikan Shafar Kepada Orang Cacat Penglihatan Negeri Terengganu di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Penasihat Program Wakaf Quran Brailee Digital Shafar, Dato' Hamzah Mohd Jamil, Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman dan Pengerusi PERTIS Wilayah Terengganu, Mohd Fauzi Mansor.

Selain daripada penyerahan 150 unit QBD kepada Pertis, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia turut menerima 20 unit QBD untuk diagihkan kepada saudara baru.

Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan terhadap program yang diadakan tersebut, Hotel Permai turut menyediakan dua tabung wakaf di hotel itu kepada orang ramai bagi memudahkan mereka untuk menderma dan mewakafkan QBD. 

Related Posts:

  • 41 Penternak Ikan Terima Bantuan Seramai 41 penternak ikan aqua air tawar dan payau di Setiu menerima sebanyak RM26,900 di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Bencana Agro Makanan Usahawan Tani Daerah Setiu, di Bandar Permaisuri, semalam. Pengurus Be… Read More
  • Koperasi Pembangunan Setiu Koperasi Daerah Kedua Terbaik Malaysia Koperasi Pembangunan Daerah Setiu menjadi Koperasi Pembangunan Daerah kedua terbaik di Malaysia pada tahun lalu. Pengerusinya, Dr. Ibrahim Husin berkata, ahli koperasi seharusnya berbangga dengan kejayaan berada di tang… Read More
  • Peruntuk RM6 Juta Bina Tiga Pusat Dialisis Terengganu  memperuntukkan RM6 juta bagi pembinaan tiga pusat dialisis baharu yang dijangka siap tahun ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar J… Read More
  • Kerajaan Negeri Bekalkan Drone Untuk Semua Pejabat Daerah A.Rahman (tengah) bersama penerima di Majlis Penyerahan Drone dan Alat GPS di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) membekalkan 10 unit… Read More
  • Rakan Taman Pertama Di Setiu Seramai 200 peserta terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Setiu (MDS) dan penduduk Taman Sri Intan, Sungai Tong, Setiu mengadakan gotong royong menanam pokok di kawasan taman itu, hari ini. Program yang pertama kali… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
3:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan