Tuesday, 13 February 2018


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar Terengganu tidak ketinggalan dengan masyarakat dunia dalam mencari kaedah bukan sahaja melestarikan khazanah alam, malah memikirkan kaedah yang efektif dan proaktif bagi memberi manfaat semaksima mungkin kepada komuniti setempat.

Titahnya, keunikan tanah bencah itu berpotensi menjadi produk pelancongan yang boleh diketengahkan di persada global.

"Beta percaya, komuniti setempat boleh mengambil peluang menyediakan perkhidmatan pelancongan yang bersesuaian seperti aktiviti menyusuri sungai, lawatan ke sangkar ikan, melihat habitat tuntung dan penyu di samping aktiviti pemerhatian burung, flora dan fauna lain kepada pengunjung yang ingin mengalami suasana alam semulajadi tanah bencah.

"Beta percaya kawasan tanah bencah ini mempunyai kekayaan sumber alam semulajadi yang dapat menjana pendapatan ekonomi kepada komuniti setempat. Pelbagai aktiviti boleh dikomersialkan seperti penternakan lebah madu, pembuatan tikar kercut, industri kecil pembuatan makanan penternakan tiram, keram dan ketam, selain sebagai tapak pembenihan akuakultur," titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah ketika merasmikan Majlis Pelancaran Boardwalk Setiu di Pengkalan Gelap, Setiu, hari ini.

Mengiringi baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Turut hadir ke majlis tersebut, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Setiu, Rosdi bin Awang, Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Makhdzir Mardan dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mohktar.

Tambah baginda, tanah bencah merupakan masa depan kita. Ianya merupakan antara ekosistem yang amat bernilai dengan pelbagai manfaatnya membekalkan sumber khazanah alam punca rezeki komuniti setempat.


Baginda bertitah, tanah bencah mampu menjadi penahan kepada bencana alam tertentu, meminimakan risiko bencana banjir dan kemarau serta membantu memberi perlindungan daripada bencana cuaca ekstrim.

"Selain itu, tanah bencah juga berkemampuan menjadi sumber alam semulajadi kepada mata pencarian komuniti setempat selain menyediakan habitat sesuai kepada biodiversiti hidupan flora dan fauna yang pelbagai," titah baginda.

Dalam titah ucapan baginda juga, dengan pelancaran 'boardwalk' atau laluan santai itu ianya merupakan mukadimah kepada memperkenalkan khazanah alam kita kepada bukan sahaja pelancong luar malah ianya harus membuka minda masyarakat setempat tentang betapa pentingnya memulihara kelestarian serta mengekalkan bio diversiti kehidupan yang merupakan habitat semulajadi flora dan fauna.

"Beta  amat yakin pewartaan sebahagian  daripada  Tanah Bencah Setiu ini amat bertepatan pada masanya dan bakal memberi impak yang besar kepada masaa depan tanah bencah.

"Perlulah diberi perhatian bahawa, tindakan dan aspirasi generasi kita sekarang adalah penentu samada pelaksanaan melestarikannya dapat dicapai.

"Kejayaan pula sudah tentu bermula daripada anjakan minda dan keutamaan kita dalam memastikan pelaksanaan, peraturan, penguatkuasaan dan implimentasi bagi memartabatkan lagi Tanah Bencah Setiu di persada global," titah baginda.  - teganukite.net

Related Posts:

  • Urusan Seterusnya Serah Kepada SPR Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, Nik Andy Suwardi Amry selepas sidang media khas pengiystiharan pemb… Read More
  • Road To Maha 2018 Zon Timur Beri Penghormatan Kepada Wanita Road To MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) Zon Timur berjaya memberi penghormatan kepada golongan wanita melalui penganjuran Karnival Usahawanita 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Perta… Read More
  • RM452 Juta Untuk Biayai 36,022 Usahawan IKS Zubir merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018. Tengku Syamim Tengku Ismail  Sejumlah RM452  juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 36,022  usahawan Industri Kecil dan Se… Read More
  • Azizulhasni, Fatehah Dominasi Anugerah AST Ahmad Razif meletakkan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu . Foto Harish Fadzillah Abu Kassim  Raja dan ratu berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sekal… Read More
  • Terengganu Bubar DUN Hari Ini Menteri Besar menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong sebelum diserahkan kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, selepas sidang media khas, di Wisma Darul Ima… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:10 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan