Wednesday, 29 November 2017
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai yang terlibat dengan banjir segera berpindah ke pusat pemindahan tanpa perlu menunggu arahan demi keselamatan diri masing-masing.
Pengarahnya, Azlimin Mat Nor berkata, ini bagi menggelakkan berlakunya masalah mangsa terkandas di kediaman masing-masing sekiranya banjir semakin buruk dan meningkatkan risiko keselamatan terutama pada waktu malam.
Jelas beliau lagi, pihaknya tetap bersedia menyelamatkan mangsa walaupun terpaksa menghadapi risiko tinggi seperti arus deras, kayu hanyut dan cuaca yang tidak menentu.
"Situasi banjir terkini di Negeri Terengganu menunjukkan peningkatan mangsa banjir di dua daerah utama iaitu Hulu Terengganu dan Besut, justeru itu pihak kami ingin memastikan keselamatan mangsa terjamin.
"Saya juga ingin nasihatkan kepada ibu bapa supaya menjaga keselamatan anak-anak mereka, jangan biarkan terlalu bebas bermain air banjir tanpa pemantauan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Seri Puteh, Kampung Tok Lawit sempena lawatan Menteri Besar ke pusat pemindahan itu,hari ini.
Setakat ini, bomba mempunyai kekuatan lebih 1,200 anggota bagi menghadapi situasi banjir di seluruh Terengganu. - teganukite.net
Related Posts:
EKSPO TERENGGANU 2018: TPM Puji Terengganu Eksport Nasi Dagang Ke Luar Negara Gimik pelancaran Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Haris fadzillah Abu Kassim dan Tengku Syamim Tengku Ismail. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Se… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018 : Mat Dan Dapat Berita Mengejutkan Zahid menjemput Mat Dan ke pentas ketika pelancaran Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Haris Fadzillah Abu Kassim dan Tengku Syamim Tengku Ismail. Dok se… Read More
Keselamatan Di Beberapa Lokasi Akan Dipertingkatkan Sebahagian daripada peserta seminar bergambar bersama Ahmad Razif di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Kerajaan Negeri bakal memperketatkan ciri-ciri keselamatan di beberapa lokasi yang t… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018 : RM2.2J Belanja Untuk SSPN-i Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.2 juta kepada 21,299 penerima Saguhati Kelahiran Anak Terengganu melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN -i) dalam tempoh dua tahun sehingga 2017.Pengerusi Jawatankuasa Kesi… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: TPM Tiba Di Terengganu Ahmad Razif menyambut ketibaan Ahmad Zahid yang tiba di LTSM, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapa… Read More