Monday, 5 March 2018


Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.2 juta kepada 21,299  penerima Saguhati Kelahiran Anak Terengganu melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN -i) dalam tempoh dua tahun sehingga 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, insentif itu  membuktikan kecaknaan kerajaan kepada rakyat negeri dalam menjaga kebajikan mereka melalui penabungan SSPN-i.

Jelasnya lagi, ia adalah satu cara dan kaedah pihak kerajaan membantu keluarga dari segi kelahiran dan masa depan anak tersebut.

"Kita cuba beri galakan awal kepada ibu bapa memikirkan betapa pentingnya penabungan kepada anak-anak.

"Masa depan anak-anak cukup mencabar dan inilah masa yang sesuai kita galakan ibu bapa menabung untuk kepentingan anak mereka.

"Sebab itu, kerajaan negeri memikirkan peringkat awal skim ini sebagai satu cara galakan awal supaya ibu bapa lebih yakin apa yang kita buat ini untuk membantu penabungan masa depan anak mereka," kata Roslee.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Saguhati Kelahiran Anak Terengganu 2018 & ADAM50 di Dataran Bidara, Main Tent, Pekarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Seramai 200 penerima sagu hati kelahiran anak Terengganu menerima kad SSPN-i pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Roslee berkata, pihaknya akan meneruskan kempen sumbangan sebanyak RM100 setiap kelahiran anak pertama hingga keenam, RM200 bagi anak  ketujuh, RM300 bagi anak kelapan, RM400 bagi anak kesembilan dan RM500 bagi kelahiran seterusnya dengan menyalurkan sumbangan itu menerusi  SSPN-i. - teganukita.net

Related Posts:

  • Pasar Baru Bukit Payung Bernilai RM750,000 Beri Keselesaan Kerajaan membelanjakan kira-kira RM750,000 bagi membangunkan Pasar Baru Bukit Payong yang lebih strategik dan selesa untuk kemudahan penduduk sekitar. Premis perniagaan yang dibina di bekas tapak gelanggang futsal dan … Read More
  • 600 Sertai Program Kayuhan Muhibah Seramai 600 peserta menyertai Program Kayuhan Muhibah yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), hari ini. Pelepasan peserta kayuhan yang bermula di Dataran Batu Burok dan berakh… Read More
  • Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017 Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong. Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya… Read More
  • PLUS Belanja RM5 Juta Baik Pulih Pagar Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Projek  Lebuh Raya Utara Selatan (PLU… Read More
  • Kerajaan Beri Insentif Untuk Pengusaha Beca, Bot Penambang Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada nelayan. Foto oleh CW Zulkifli. Kerajaan negeri tidak meminggirkan kebajikan pengusaha beca dan bot penambang apabila golongan itu bakal menikmati keistimewaan sempena Tahun Mel… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan