Wednesday, 29 November 2017
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu melancarkan operasi membawa empat guru pengawas peperiksaan bersama kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dua calon pelajar SPM yang terkandas di rumah akibat banjir, hari ini.
Dua calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jenderis yang terkandas di rumah masing-masing di Kampung Payang Kayu dan Kampung Tok Lawit tidak dapat ke sekolah akibat laluan utama dinaiki air dan terputus hubungan hampir satu meter.
Pelajar berkenaan, Mohamad Hafiz Kassim dan Muhammad Hairi Izwan antara 12 calon yang akan mengambil kertas terakhir SPM dalam subjek MPV Menservis Motosikal, hari ini.
Turut bersama dalam operasi pagi ini, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail dan Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Lt. (PA) Sansuri Yaakob.
Sansuri berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada PPD pada jam 9.02 malam tadi berhubung masalah pelajar yang terkandas termasuk empat guru pengawas bersama kertas soalan SPM berkenaan.
"Setelah itu, pihak kami membuat tinjauan laluan yang boleh dilalui pada jam 2 hingga 3 pagi, pada mulanya laluan Kepah dipilih, bagaimanapun terpaksa diubah saat akhir menggunakan laluan Kuala Pueh kerana paras air semakin naik di situ dan merbahaya .
"Alhamdulillah misi kami berjaya pada pagi ini dan setakat ini cuaca masih mendung di Hulu Terengganu dan hujan turun renyai-renyai,"katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Kerajaan Konsisten Bantu Rakyat-Halina Halina menyampaikan sumbangan Serikandi Terengganu kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Burok di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini. Foto Ole… Read More
PRU14: Zamri Sedia Galas Amanah Demi Kebajikan Rakyat Zamri Calon Barisan Nasional (BN) DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam bersedia menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Katanya, be… Read More
PRU14 : Seng Cheng Tanpa Jemu Bantu Penduduk Toh Seng Cheng Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.Ca… Read More
PRU14 : Jangan Pilih Wakil Rakyat `Chipsmore' Mohd Sabri bergambar dengan sekumpulan guru selepas merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengundi di Kuala Terengganu dim… Read More
PRU14: Pengundi Kuala Terengganu Perlu Bijak Buat Pilihan Wan Nawawi berkata sesuatu kepada Zamri ketika menghadiri Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu … Read More