Monday, 5 March 2018

Sebahagian daripada peserta seminar bergambar bersama Ahmad Razif di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.


Kerajaan Negeri bakal memperketatkan ciri-ciri keselamatan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti bagi menjamin keselamatannya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata isu keselamatan tidak boleh dikompromi kerana sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes-kes telahpun berlaku.

“Kita sudah mengenalpasti lokasi-lokasi tersebut dan kita akan perketatkan dari segi kawalan keselamatan.


“Lokasi yang dikenalpasti antaranya kawasan tenaga eletrik, telekomunikasi, penyiaran, minyak,gas, pengangkutan,  pengairan, percetakan, air dan sebagainya termasuk juga di pejabat Wisma Darul Iman yang menjadi tempat tumpuan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Sasaran Penting Peringkat Zon Pantai Timur Tahun 2018 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia (sektor Dasar), Kapten Rusli Abd Rahman dan Pengurus Besar Kanan Jabatan Keselamatan Kumpulan Petronas, Mohamed Abdul Kader Mohamed Kassim.


Tambah Ahmad Razif, selepas perbincangan dibuat bersama Wan Nawawi, langkah-langkah keselamatan akan dilakukan sebelum sesebuah majlis bermula yang melibatkan ramai pengunjung.

“Taklimat keselamatan perlu diberikan sebelum majlis bermula kerana kita tidak boleh menduga apa sahaja malapetaka atau musibah yang boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Menurut statistik terkini daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Zon Pantai Timur menunjukkan, terdapat sejumlah 77 Instalasi Sasaran Penting yang masih aktif dan berfungsi di sekitar Zon Pantai Timur. - teganukita.net

Related Posts:

  • 6,000 Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil Hampir 6,000 ahli UMNO  termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Terengganu hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 yang  berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula hari ini. Ju… Read More
  • Maidam Anjur Buka Puasa, Sahur Sepanjang Ramadan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan bersahur di semua hospital seluruh negeri sepanjang Ramadan ini. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Isma… Read More
  • UMNO Kekal Relevan Untuk Rakyat Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberitahu UMNO kekal relevan sehingga ke hari ini berikutan sentiasa berpegang kepada asas perjuangan parti yang berpaksikan Islam dan Bumiputera untuk seluruh rakyat … Read More
  • 90 Peluncur Udara Terbang Di Kota Putera, Besut Seramai 90 peluncur udara termasuk kira-kira 60 peserta luar negara menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (TIPCO) 2017 di Tapak Luncur Udara Kota Putera, Besut selama lima hari bermula Selasa ini (12 Me… Read More
  • TM Terengganu Serah Zakat Perniagaan RM225,141 Hamidun menyerahkan replikat cek zakat perniagaan TM Terengganu berjumlah RM225,141 kepada Shaikh Harun yang mewakili Maidam di Pejabat Miadam, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail Telekom Malaysia (TM) Terengg… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:05 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan