Wednesday, 29 November 2017
Seorang pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi mangsa lemas pertama banjir di Besut, petang ini.
Mangsa, Zulfaiz Zukarmi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong (SMKBP) ditemui di sungai kira- kira 150 meter dari rumahnya, di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut.
Kejadian berlaku kira- kira jam 5 petang ketika mangsa bersama enam rakan lain sedang melintasi sebuah jambatan di kampung itu.
Datuknya, Hashim Seman,61, berkata sebelum kejadian arwah beberapa kali meminta izin untuk keluar bermain air bersama rakan.
Bagaimpun, katanya, beliau bertanya arwah sama ada pandai berenang atau tidak tetapi arwah menjawab tidak pandai.
Katanya, beliau kemudian melarang arwah supaya tidak meneruskan hasratnya tetapi arwah merayu beberapa kali dan dia memberi izin.
Beliau berkata, tidak lama selepas arwah keluar rumah beliau menerima berita cucunya ditemui mati lemas.
Katanya, arwah dipercayai tergelincir ketika melalui jambatan itu dan air sedang naik di atas jambatan.
" Mayat arwah ditemui bapa saudaranya kira-kira dua meter dari tempat dia tergelincir" katanya ketika ditemui di Hospital Besut, malam ini.
Hashim berkata, arwah yang menduduki peperiksaan kertas akhir subjek Kimia kelmarin sebelum ini banyak membantu mengemas barang rakan- rakan untuk dibawa pulang ke rumah.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Abdul Halim Hassan berkata, mengikut rekod arwah adalah pelajar cemerlang sekolah itu dan mendapat 10A dalam penilian Penaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Katanya, arwah adalah antara pelajar harapan peperiksaan SPM sekolah itu tahun ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Bakal Wujud Dua Lokasi Hab Digital Ahmad Razif ketika berinteraksi dengan peserta Program Wacana Intelektual Transformasi Terengganu Baharu ke arah Transformasi Nasional 2050 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus Foto … Read More
Sukan SEA : Sultan Mizan Beraksi Acara Kuda Lasak Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai acara sejauh 80 kilometer itu dan dijangka menamatkan perlumbaan kira- kira jam 5 petang ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Menteri Besar, Dato'… Read More
Malaysia Festival 2017 Sydney Promosi Terengganu Di Benua Australia Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mukhtar memotong riben ketika merasmikan Malaysia Festival 2017 Sydney yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. Malaysia F… Read More
Sambutan Bulan Kebangsaan Dimeriahkan Dengan Acara Baharu Tengku Putera (kiri) ketika mengadakan sidang media Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017 Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri akan menganjurkan beberapa ac… Read More
7,185 Unit Rumah Untuk Rakyat Sebanyak 7,185 unit rumah membabitkan 24 projek Rumah Mampu Mililk (RMM) serta Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Terengganu siap dibina dan pengagihannya dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut Dewan Undanga… Read More