Monday, 11 September 2017
UMNO Terengganu masih kuat dan mampu kekal memerintah negeri ini bersandarkan perpaduan di kalangan ahli serta semua pemimpin terutama Menteri Besar dan mantan-mantannya.
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persengketaan lalu adalah manisfestasi sejarah silam yang sudah berlalu dan perbezaan perlu diketepikan demi kepentingan UMNO serta Barisal Nasional (BN).
"Saya ingin beritahu kepada seluruh kepimpinan jangan pernah usik-usik UMNO dan BN Terengganu selagi ketiga-tiga pemimpin berada di sini (Menteri Besar (MB), Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan mantan MB, Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Seri Ahmad Said). InsyaAllah Terengganu masih milik BN dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) nanti," katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian Majlis Pembandaran Kemaman, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said dan Timbalannya, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Shaheda Jusoh.
Ahmad Zahid berkata, beliau juga kagum dengan kesungguhan UMNO Bahagian itu yang melakukan transformasi selaras matlamat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.
"Saya percaya perwakilan yang hadir pada hari ini merupakan terdiri daripada seluruh UMNO Kemaman," katanya.
Menurut Ahmad Zahid lagi, segala permasalahan yang berlaku di kalangan parti pembangkang adalah satu peluang terbaik untuk UMNO dan BN merampas semula kerusi yang ditawan pembangkang sekali gus mengekalkan kemenangan serta pemerintahan.
"Bukan hanya kelemahan dan perpecahan musuh politik tetapi yang utama perpaduan dan kekuatan kepimpinan serta keahlian jika kesatuan dapat dikukuhkan maka kita dapat rampas semula kerusi kalah.
"UMNO dan BN tidak mahu kehilangan kuasa dalam PRU ini kerana dari sejarah yang kita pelajari akibat kehilangan negeri yang pernah kita alami dulu. Kita tidak akan pernah sanggup untuk tinggalkan kepentingan rakyat," katanya. - teganukite.net
Related Posts:
PAU 2017: UMNO Perlu Menang, Elak Sesal Masa Depan UMNO perlu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang supaya tidak menyesal pada masa akan datang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ucapan dasar Presi… Read More
PAU 2017 : Melayu Dan UMNO Berpisah Tiada Tidak ada parti lain yang boleh membela nasib orang Melayu kecuali UMNO. Bak kata pepatah orang lama, Melayu dan UMNO berpisah tiada, tegas Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Menurutnya, yang penting adalah bagaim… Read More
PAU 2017 : UMNO Terengganu Di Landasan Tepat Hadapi PRU14 UMNO negeri kini berada di landasan tepat berdasarkan saranan Presiden Parti supaya seluruh jentera parti berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri … Read More
PAU 2017: UMNO Bukan Kerja Semasa PRU Sahaja Mohd Sabri Alwi UMNO dan Barisan Nasional tidak hanya turun padang untuk pilihan raya semata-mata, tetapi bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, pelb… Read More
PAU 2017 : Pilihan Tepat Demi Masa Depan Setiap warga negara perlu membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi demi kepentingan negara dan masa depan generasi akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri Batu … Read More