Monday, 11 December 2017

Mohd Sabri Alwi

UMNO dan Barisan Nasional tidak hanya turun padang untuk pilihan raya semata-mata, tetapi bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, pelbagai pendekatan UMNO bersama rakyat telah lama dibuat dan tidak hanya tertumpu pada musim pilihan raya.

Katanya, dalam ucapan Presiden Parti juga turut menekankan supaya tidak leka dan mengambil mudah dalam sebarang perkara.

"Yang paling penting adalah pendekatan kita sebagai pemimpin UMNO untuk turun ke bawah berjumpa dengan para pengundi kita dan cuba menyelesaikan apa sahaja masalah dihadapi oleh pengundi-pengundi ini.

"Pendekatan ini bukan kita buat pada hari ini dan bukan kerjanya untuk bila sampai musim pilihan raya. Tapi kita bekerja setiap masa untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat," katanya kepada Teganukita.

Beliau ditemui pemberita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, sebagai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, bantuan perlu disampaikan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka kerana landasan kemanusiaan mengatasi parti.

Sabri yang juga Pegawai Pembangunan DUN Ladang berkata, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat, UMNO akan cuba membantu dan memberi servis terbaik kepada sesiapa yang dilanda musibah.

Dalam masa yang sama, Sabri berkata politik pada hari ini merupakan politik persepsi terlalu banyak tohmahan dilakukan terutamanya daripada pembangkang kepada UMNO.

"Namun demikian, Alhamdulillah di Kuala Terengganu kita mempunyai media sosial ataupun 'cyber trooper' yang bergerak sebagaimana diarahkan oleh Presiden Parti untuk menangkis segala tohmahan oleh pembangkang.

"Dalam masa yang sama juga, Kuala Terengganu mendapat tempat ketiga anugerah media sosial dan cyber di kalangan 191 bahagian," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14: Kak Ton Santuni Pengundi Uzur Kak Ton mengunjungi saniah sambil bertanya khabar wanita itu, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin sempat menziarahi seorang pendudu… Read More
  • Kerajaan Negeri Bermatlamat Tambah Baik Pentadbiran Dr Ahmad Samsuri menyertai pegawai dan kakitangan menunaikan solat hajat berjemaah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman diikuti dengan ucapan ringkas sebaik selesai solat hajat di Wisma Darul Iman.Foto oleh Tengku Syamim T… Read More
  • PRU14 : Moyang Enam Cicit Mengundi Sejak 1959, Kekal Pilih BN Meskipun usianya sudah menjangkau 83 tahun, namun tidak menghalang seorang warga emas yang uzur akibat sakit tua untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  esok.Menurut moyang kepada enam cicit Mohd No… Read More
  • PRU14: Proses Buang Undi Bukit Payung Harmoni Proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung sehingga tengahari tadi, berjalan dengan lancar dan harmoni. Sejak jam 8 pagi, pengundi berdaftar mula memenuhi pusat pengundian untuk menunaikan tanggung… Read More
  • PRU14 : Dato' Ku Selesai Buang Undi Calon Barisan Nasional (BN) N23 Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan isterinya, To' Puan Halijah Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang , kira-kira pukul 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membu… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:10 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan