Monday, 11 December 2017
UMNO negeri kini berada di landasan tepat berdasarkan saranan Presiden Parti supaya seluruh jentera parti berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Dato' Mohamad Pehemi Yusof berkata, sehingga kini pihaknya bersama kepimpinan Barisan Nasional Negeri Terengganu merencanakan program-program dan pelbagai usaha sebagai persediaan menjelang PRU14 nanti.
Katanya, walaupun tarikh tepat untuk PRU14 belum diketahui namun jentera parti perlu bersiap sedia dan jangan menunggu tarikh keramat malah sebaik sahaja pulang daripada perhimpunan ini, jentera parti perlu menjalankan tugas masing-masing.
"Program terakhir sebelum PRU14 adalah mengadakan Simulasi Pilihanraya pada minggu ketiga Januari 2018 yang mana kita akan ambil kira portfolio baru yang diwujudkan oleh ibu pejabat UMNO Malaysia.
"Dalam simulasi tersebut, kita juga akan adakan latihan kepada jentera-jentera parti untuk menerima pakai arahan baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia supaya sebati dengan tugas-tugas mereka,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017, pagi tadi.
Menurut Pehemi sebagai perwakilan, beliau sangat berpuas hati dengan ucapan itu menyentuh secara keseluruhan dalam menyeru dan meminta jentera-jentera parti supaya berada dalam kesiapsiagaan dari sekarang kerana PRU14 akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
"Pada awal bulan Februari 2018, kita akan adakan 'Himpunan Rakyat Terengganu' untuk menceritakan kepada rakyat tentang 'Success Story' yang telah dicapai oleh kerajaan negeri dan rakyat Terengganu amnya.
"Ini juga termasuk memberitahu kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri untuk rakyat,"katanya - teganukite.net
Related Posts:
Nafi Lesen Rumah Bot Ditarik Balik Pemilik rumah bot yang menjalankan operasi di Tasik Kenyir menafikan menerima ugutan lesen operasinya akan ditarik balik kerana membawa rombongan dari kumpulan parti pembangkang melawat pulau bebas cukai di Pulau Bayas, Kh… Read More
Pemuda Dan Puteri UMNO Perlu Juarai Perang Siber Pemuda dan Puteri UMNO perlu lebih menguasai perang siber berbanding pembangkang bagi menangkis dan menyerang balas fitnah yang dilakukan.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini sang… Read More
Pemimpin, Ahli UMNO Jangan Terlalu Selesa- Jailani UMNO dan Barisan Nasional(BN) tidak boleh merasa selesa kerana berjaya mentadbir negara. Sebaliknya, harus bersama terus bekerja-keras untuk menjuarai hati rakyat, demikian kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Ja… Read More
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus `Luar Biasa' Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus hari ini boleh dianggap sebagai majlis luar biasa dan lain daripada yang lain. Katanya sa… Read More
Terengganu Anjur Solat Hajat Merdeka Di Lapan Masjid Johari Pemuda UMNO Terengganu akan menganjurkan Solat Hajat Kemerdekaan dan Doa Untuk Palestin di lapan buah masjid terpilih di seluruh negeri menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke- 60 tahun, malam esok (30 Ogos).Ketuan… Read More