Monday, 11 December 2017
UMNO perlu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang supaya tidak menyesal pada masa akan datang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 adalah jelas dan menumpukan kepada kesiapsiagaan menghadapi PRU14.
Katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menang atau kalah bukanlah lagi satu pilihan dalam PRU14 akan datang tetapi satu kemastian untuk menang.
"Dari segi negara dan orang Melayu akan membayar harga yang sangat mahal sekiranya UMNO kalah dalam pilihan raya yang akan datang.
"Ini kerana kita berhadapan dengan musuh politik kita yang menggunakan apa jua cara melalui perang persepsi yang ditujukan bagi melemahkan pemikiran rakyat terhadap UMNO," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui pemberita di PAU 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kemaman berkata, ucapan oleh presiden parti juga turut mendedahkan tentang kepura-puraan pembangkang yang mudah lupa dengan pakatan mereka di kalangan musuh-musuh politik.
"Mereka (pembangkang) mudah lupa, mereka berpakat dengan musuh-musuh yang dimaki dahulu dan turut menjilat apa yang mereka ludah dahulu," katanya.
Dalam pada itu, Shabery penuh yakin UMNO dan Barisan Nasional akan meraih kemenangan yang lebih besar berbanding pada PRU sebelum ini. - teganukite.net
Related Posts:
90 Peratus Nama Calon BN Sudah Muktamad pengerusi BN Negeri ketika sidang media sejurus merasmikan majlis penutup Konvensyen BN petang ini.Foto oleh Hasmizi Hamid Lebih 90 peratus calon telah dimuktamadkan oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu ba… Read More
BN Akan Kuasai DUN, Parlimen Dungun Hishammuddin menyampaikan amanat kepada warga Dungun dengan penuh semangat. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Barisan Nasional (BN) akan menang di semua… Read More
Formula Bersatu Padu BN Untuk Menang PRU - Ahmad Razif Foto oleh Hasmizi Hamid Formula bersatu padu perlu direalisasikan jika Barisan Nasional (BN) mahu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu.Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, … Read More
Konvensyen BN Terengganu Bermula Esok Konvensyen Barisan Nasional bakal bermula esok di Hotel Primula. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Barisan Nasional Terengganu bakal mengadakan konvensyen pertamanya sepanjang empat tahun pemerintahan Menteri Besar, Dat… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: Pembangkang Sengaja Timbul Isu Taman Ilmu Muhammad Pehimi bersama pemenang Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pembangkang dilihat sengaja berlagak hero, sedangkan mempunyai agenda te… Read More