Monday, 11 December 2017
Tidak ada parti lain yang boleh membela nasib orang Melayu kecuali UMNO. Bak kata pepatah orang lama, Melayu dan UMNO berpisah tiada, tegas Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.
Menurutnya, yang penting adalah bagaimana menghayati intipati ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara menyeluruh bermula sejarah penubuhan UMNO, tujuan dan jasa-jasanya kepada orang Melayu.
"Ini termasuklah harapan YAB PM (Presiden Parti) untuk jangka masa panjang tentang kebergantungan kita kepada UMNO terutama orang melayu.
"Yang penting, saya lihat bukan sekadar kita menghayati dan mendengar ucapan Presiden Parti untuk membakar semangat kita orang Melayu untuk terjemahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti agar kemenangan dua per tiga daripada 222 kerusi parlimen milik UMNO dan BN,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017, pagi tadi.
Tambahnya lagi, bagi kerajaan negeri Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, beliau yakin dengan susun atur gerak kerja yang dilakukan akan memberi penambahan kerusi di Dewan Undangan Negeri sebagai hadiah terbaik kepada presiden parti. - teganukite.net
Related Posts:
PRU14 : Tengku Asmadi Mahu Bangunkan Modal Insan, Seiring Pembangunan Fizikal Perbezaan fahaman politik bukan jurang untuk Tengku Asmadi (kanan) merapatkan silaturrahim dengan calon Pas. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Pakar motivasi tersohor negara, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mahu mengimple… Read More
PRU14 : Isu Perumahan Jadi Keutamaan Di Rantau Abang Isu perumahan kepada golongan kurang berkemampuan akan menjadi agenda utama BN Oleh: Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati, akan memberikan tumpuan bagi me… Read More
PRU14: Kerja Keras Menangkan Parti - Mohd Jidin Mohd Jidin bersama empat calon BN di Parlimen Setiu Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN) yang terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Um… Read More
PRU14 : Pendidikan Percuma Pembangkang Hanya Omong Kosong Oleh : Ezzuan AhmadPembangkang dilihat seperti hanya cakap kosong dan tidak boleh dipakai apabila menawarkan manifesto yang tidak realistik untuk membela nasib rakyat termasuk menawarkan pendidikan di universiti awam secara… Read More
PRU14 : Tiada Kawasan 'Panas' Di Dungun Oleh : Ezzuan AhmadKhabar angin yang menyatakan Dungun antara lokasi dijangka panas dan berisiko berlaku kekecohan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tidak benar sama sekali.Bagi calon kerusi Barisan Nasional … Read More