Monday, 11 September 2017

Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Persidangan  Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Daerah Kemaman, hari ini. Foto oleh Tg Mohd Syamim Tg Ismail

"Jadikan kesepaduan tiga pemimpin ini sebagai contoh dalam membentuk perpaduan khususnya kepada pemimpin dan anggota parti," kata Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, gandingan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif bersama bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Seri Ahmad Said dilihat mampu memastikan UMNO terus menang di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, gandingan kerjasama dalam membangunkan parti dan negeri itu juga berupaya melenyapkan segala kontroversi yang pernah timbul sebelum ini.

"Realitinya adalah Ahmad dan Idris bukan lagi Menteri Besar Terengganu tetapi duduk diatas pentas bersama-sama Ahmad Razif. Ini menunjukkan sejarah silam telah berlalu. Perbezaan sudah diketepikan demi kepentingan UMNO.

"Jangan pernah usik UMNO dan Barisan Nasional(BN) Terengganu selagi ketiga-tiga pemimpin berada di sini. Insyallah Terengganu masih milik BN pada PRU-14 nanti," ujarnya


Beliau berkata demikian ketika berucap me­rasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ketua UMNO Bahagian Kemaman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato' Seri Ahmad Said; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin dengan pencantuman idea ketiga-ketiga pemimpin itu bagi menzahirkan pelbagai pembangunan untuk kebaikan rakyat negeri ini dapat direalisasikan berdasarkan pengalaman masing-masing dalam menangani era dan politik di Terengganu.


Related Posts:

  • 26 Pegawai Tadbir Ditukarkan Seramai 26 pegawai tadbir negeri terlibat dalam rombakan terbaharu berkuat kuasa mulai 1 Februari ini bagi melancarkan pentadbiran di Terengganu. Pegawai Daerah Kuala Terengganu Dato' Mohd Akil Mat ditukar kepada jawa… Read More
  • A.Rahim Bersara Pegawai Kewangan Negeri Esok Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh akan bersara wajib berkuatkuasa esok (18 Januari) selepas lima bulan memegang jawatan itu.  A.Rahim,60, yang 36 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam mula… Read More
  • Hasil Perbengkelan UKOM Ditambah Baik Hasil perbengkelan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu menerusi Bengkel Penetapan Haja Tuju dan Strategi akan diteliti untuk ditambah baik supaya mampu mencapai visi serta misi penubuhannya sejak 2004. … Read More
  • Pemimpin Perlu Bijak Memanipulasi Komunikasi Pemimpin di negeri ini sewajarnya berupaya memanipulasikan komunikasi secara berkesan untuk mendapat kepercayaan dan sokongan jentera pentadbiran, termasuk rakyat di peringkat akar umbi kearah merealisasikan pelan tindak… Read More
  • Rakyat Gembira Bersemuka Dengan MB Prihatin dengan masalah rakyat, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan setiap isu melingkari masyarakat dengan mengadakan hari bersama rakyat di kediamannya (Seberan… Read More

Demi Masa

SELASA, 24 Jun 2018
12:13 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75785
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan