Sunday, 27 August 2017
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu esok (Jumaat).
Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, kira-kira jam 9.20 pagi.
Ahmad Zahid kemudiannya akan ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus.
Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan menghadiri program itu.
Kemudiannya beliau dijadualkan menyertai solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.
Kira-kira jam 2.45 petang pula Ahmad Zahid akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
Sebaik selesai majlis itu, beliau bersama rombongan lain akan melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir di Telaga Daing, seberang Takir, Kuala Nerus, kira- kira jam 5 petang.
Beliau dijangka bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 7.00 petang - teganukite.net
Related Posts:
3,000 Pemilik Motosikal Kuasa Tinggi Hangatkan Terengganu Bike Week 2018 Terengganu menjadi tuan rumah Terengganu Bike Week buat kali ketujuh, di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, bermula 30 Mac hingga 1 April ini.Program tahunan anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu de… Read More
Kursus Kulinari, Jahitan ECERDC Beri Manfaat Kepada Keluarga Peserta AKN Jebasingam bersama Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman beramah mesra dengan peserta di bawah ECERDC Kursus Kulinari dan Jahitan yang diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pa… Read More
Serikandi Lancar Buku Koleksi Kuih Tradisional Terengganu Halina menunjukkan buku koleksi makanan tradisi Terengganu, Selera Ganu Kite yang dilancarkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi Kali Ke-31 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail … Read More
Lebih 10,000 Pengunjung Berselawat Di Stadium Tertutup, Gong Badak Ahmad Razif bersama kepimpinan negeri berselawat pada program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin', foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Gong Badak, mala… Read More
500 Murid Di Kemaman Sertai Kempen Keselamatan Repsol Sebahagian murid Tahun Empat menyertai Kempen Keselamatan Repsol Seramai 500 murid sekitar Kemaman, semalam menyertai Kempen Keselamatan Untuk Murid-Murid Sekolah Rendah di bawah program khid… Read More