Monday, 26 March 2018

 Jebasingam  bersama Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman  beramah mesra dengan peserta di bawah ECERDC

Kursus Kulinari dan Jahitan yang diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Terengganu berjaya memberi manfaat kepada 43 peserta dan keluarga peserta Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN).

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, semua peserta termasuk isteri, anak-anak dan ahli keluarga mereka kini sedang dilatih oleh ECERDC di bawah Program Empower. 

“Apa yang penting, bagaimana kita nak mengubah kehidupan mereka supaya mereka boleh meneruskan hidup. Malah, kita juga memberi latihan daripada segi pendidikan dan kemahiran untuk mereka,” katanya dalam satu majlis baru-baru ini.

Katanya, projek AKN  adalah satu skim pembasmian kemiskinan untuk komuniti nelayan negeri ini dan yang pertama di Malaysia.

“Projek tersebut akan dibangunkan oleh ECERDC dan akan dibangunkan sebagai zon penangkapan ikan laut bersepadu dan mampan, yang merangkumi pembinaan Terminal Perikanan Akuapolitan, Perkampungan Pemprosesan Ikan Akuapolitan dan Pusat Penyelesaian Menyeluruh Perikanan.

“Bagi menjayakannya, ECERDC telah melantik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai perunding untuk menjalankan kajian mengenai sosio-ekonomi, strategi pembangunan dan pelaksanaan menyeluruh AKN,”katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Kerajaan Pimpinan Pas Selesaikan Agihan Dana Bakti Remaja Wan Sukairi ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri akan menyelesaikan 16,289 penerima Dana Bakti Remaja yang belum menuntut bayaran itu di s… Read More
  • Terengganu Sasar Kurangkan 15 Peratus Perokok Kerajaan negeri mensasarkan pengurangan 15 peratus daripada keseluruhan 170,000 perokok di kalangan penduduk Terengganu melalui Program mQuit Masjid dalam tempoh lima tahun sehingga 2022.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Temp… Read More
  • Bayar Cukai Tanah Dilanjut Sehingga 31 Oktober Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu sehingga 31 Oktober 2018. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ket… Read More
  • RM6.3 Juta Bonus Untuk Penjawat Awam Di Terengganu Mohd Nor ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Bagi menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh penjawat awam, kerajaan negeri pimpinan Pas bersetu… Read More
  • Dana Raya Diagih Mulai 11 Jun Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri 2018 berjumlah RM69.13 juta akan diagihkan kepada 276,541 penerima yang layak mulai 11 Jun (Isnin) ini sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri. Agihan wang dana secara berperi… Read More

Demi Masa

ISNIN, 23 Jun 2018
3:09 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75783
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan