Ahmad Zahid selamat tiba di LTSM sempena lawatan kerja sehari di Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 9.20 pagi sempena lawatan kerja sehari hari ini.
Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, disambut Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan exco kerajaan negeri di LTSM.
Turut serta, pegawai kanan kerajaan, mantan exco, pemimpin politik dan skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu.

Ahmad Zahid kemudiannya ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus.
Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka menghadiri program itu.
Kemudiannya beliau dijadualkan menyertai solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.

Kira-kira jam 2.45 petang pula Ahmad Zahid akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
Sebaik selesai majlis itu, beliau bersama rombongan lain akan melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir di Telaga Daing, seberang Takir, Kuala Nerus, kira- kira jam 5 petang.
Beliau dijangka bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 7.00 petang - teganukite.net