Wednesday, 28 March 2018

Sebahagian murid Tahun Empat menyertai Kempen Keselamatan Repsol 

Seramai 500 murid sekitar  Kemaman, semalam  menyertai Kempen Keselamatan Untuk Murid-Murid Sekolah Rendah di bawah program khidmat sosial korporat Repsol.

Syarikat minyak dan gas bersepadu yang merupakan kontraktor kepada Petronas itu meneruskan kempen yang dirintis di Sabah pada 2013, buat tahun kedua di negeri ini dengan tumpuan di Kemaman dan Kuala Nerus.

Pengurus Hubungan Stakeholder Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, Ahmad Fakhrurrazi Arshad, berkata program yang telah dijalankan selama lebih 5 tahun itu, telah memanfaatkan lebih 8,500 pelajar sekolah rendah membabitkan 12 daerah di Sabah.


Katanya, melihat kepada kejayaan itu, pihak Repsol memutuskan untuk meneruskan program sama ke Semenanjung Malaysia  iaitu di Terengganu  bermula  2016.

“Pihaknya  telah menjalankan  tiga kempen keselamatan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus   juga Kemaman dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan untuk manfaat lebih 1,500 murid Tahun Empat.

“Repsol menitikberatkan tanggungjawab sosial  di mana terbahagi kepada empat bidang iaitu keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kempen Keselamatan Bersama Pelajar Sekolah Rendah Di Daerah Kemaman di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan  Cheneh Baru, Kemaman 


Menurutnya, program itu merupakan kesinambungan usaha syarikat dalam pengisian yang berasaskan keselamatan, antara perkara yang Repsol sendiri utamakan di dalam segenap fasa operasi.

“Kami merasakan bahawa isu keselamatan diri  ini harus diperluaskan dari tempat kerja sehingga ke  rumah dan di kalangan masyarakat,

“Kempen ini direka sebagai landasan bagi penyebaran mesej-mesej keselamatan yang tertumpu kepada isu-isu dan ancaman keselamatan diri di rumah, di sekolah dan di persekitaran awam,”katanya.

Ahmad Fakhrurrazi, berkata perkara itu bertujuan membantu murid-murid sekolah rendah kerana mereka merupakan kumpulan sasaran yang memerlukan bimbingan serta pendedahan awal tentang keselamatan diri.

“Sebagai pelopor dan penaja kempen ini, Repsol telah menghasilkan sebuah video berinteraktif, dengan tujuan khas berkongsi mesej-mesej keselamatan,”| katanya. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan