Monday, 2 April 2018
-
April 02, 2018
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , SEMASA
Terengganu menjadi tuan rumah Terengganu Bike Week buat kali ketujuh, di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, bermula 30 Mac hingga 1 April ini.
Program tahunan anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri bakal menghimpunkan 3,000 pemilik motosikal kuasa tinggi dari seluruh Malaysia termasuk Brunei, Singapura dan Thailand berkampung di Terengganu.
Inisiatif itu merancakkan usaha kerajaan mempromosi pelancongan negeri sempena Beautiful Terengganu 2018 sekali gus menjadi duta kecil memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan terbaik kepada peserta luar.
Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud akan mengetuai program Konvoi Muhibbah dari Batu Burok ke Dataran Padang Kachong, Kampung Kuala Telemong pada 31 Mac ini.
"Di situ semua penunggang dan peserta akan beramah mesra bersama rakyat dan menikmati makan tengahari gulai kampung yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat kampung terlibat.
"Aktiviti di Dataran Batu Burok sepanjang tiga hari pula seperti gerai pameran, jualan usahawan tempatan, mini konsert, pameran kereta dan motosikal, pertunjukan aksi stunt motosikal dan talk show bersama tokoh ilmuwan," menurut satu kenyataan kepada media. - teganukita.net
Related Posts:
Sidang DUN : Semua Masyarakat Perlu Bersikap Dan Berfikiran Pelancongan Tengku Zaihan ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari ketiga, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail … Read More
Pulangan Terengganu Bike Week Sangat Tinggi Kepada Rakyat Ahmad Razif dan isteri bersama sebahagian daripada peserta TBW 2017 di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan negeri berharap agar Terengganu Bike Week (TB… Read More
Festival `Duyong Art' Selama Sebulan Bermula 1 April Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Duyong Art Gallery dan Terengganu Backpackers akan menganjurkan Duyong Art Festival (DAF 2017) kali ke -3 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Ku… Read More
668 Poskad Ke Duyong Sempena Duyong Art Festival 2017 Tun Ahmad Faisal (paling kiri) bersama `orang kuat' di sebalik tabir penganjuran Duyong Art Festival sempena pelancaran program itu, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkifli CW Putra Sebanyak … Read More
Pengamal Media Eropah Bakal Kunjungi Terengganu Sempena VBT Tengku Zaihan mempromosi VBT pada pameran International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman baru-baru ini Usaha menjual nama Terengganu menerusi kempen Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 yang dilaksanakan secara … Read More