Thursday, 27 April 2017


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan DairyFarm sebagai Ladang Pengajaran dan Pembelajaran kambing tenesu yang pertama di negara ini.
Projek di bawah Fakulti Biosumber dan Indutri Makanan yang dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh memberi peluang pelajar dan komuniti mendalami pemindahan teknologi moden dalam bidang ternakan.
Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, projek perintis universiti itu diharap dapat melahirkan usahawan berilmu di sektor pertanian dan penternakan.
Katanya, satu kawasan di Kampung Bukit Marak, Pasir Akar, Hulu Besut, dipilih untuk dijadikan pusat latihan ternakan dan pengeluaran susu kambing terbesar di negara ini.
Beliau berkata, pusat itu juga turut menawarkan latihan di bidang ternakan dan pemindahan teknologi kepada penduduk setempat yang berminat dalam industri tenesu.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika melancarkan program itu berkata, menerusi penubuhan pusat itu nanti akan memberi peluang pelajar universiti melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2u2i Program Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan.
Katanya, konsep pembelajaran di mana pelajar akan belajar selama dua tahun di universi dan dua tahun di industri memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu sebagai penternak dan usahawan.
“Adalah menjadi harapan dengan adanya pusat latihan itu Terengganu akan menjadi pengeluar susu kambing terbesar di negara ini untuk dipasarkan di seluruh negara,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Tiada Kawasan 'Panas' Di Dungun Oleh : Ezzuan AhmadKhabar angin yang menyatakan Dungun antara lokasi dijangka panas dan berisiko berlaku kekecohan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tidak benar sama sekali.Bagi calon kerusi Barisan Nasional … Read More
  • PRU14 : Pusat Media Terengganu Dilancar Rozailan (kiri) dan Muda menunjukkan buku Direktori Media 2018 yang diterima dari Jabatan Penerangan Negeri sempena perasmian Pusat Media PRU14 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim. Pusa… Read More
  • Kerajaan Negeri Peruntuk RM516,780 Caruman Perkeso Guru KAFA Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri mem… Read More
  • PRU14 : Krisis Dalaman Di Kemaman Selesai Penyokong BN bersama sepanduk menzahirkan sokongan kepada calon yang bertanding. Foto oleh Aliffah Hanisfarhana Suhaidi Isu dalaman yang berlaku ketika pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Barisan Nasional (BN)… Read More
  • Lantik Profesor Jadi Penasihat- Ahmad Razif Ahmad Razif ketika berada pada Program Bual Bicara Intelektual dan Pra Pelancaran Majlis Profesor Negeri Terengganu Kerajaan negeri akan melantik profesor serta pakar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  seb… Read More

Demi Masa

SABTU, 28 Jun 2018
5:08 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75833
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan