Sunday, 29 April 2018

Rozailan (kiri) dan Muda menunjukkan buku Direktori Media 2018 yang diterima dari Jabatan Penerangan Negeri sempena perasmian Pusat Media PRU14 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim.

Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Terengganu yang akan beroperasi bermula 27 April sehingga selesai proses pilihan raya 9 Mei ini, dilancarkan di Hotel Permai, Kuala Terengganu, malam tadi.

Kemudahan yang dapat menempatkan 100 pengamal media pada satu-satu masa dibuka sepanjang 24 jam sehari bagi melancarkan tugasan pengamal media sama ada cetak dan eletronik melaksanakan tugas masing-masing sepanjang membuat liputan PRU14.


Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat berkata, pusat media berkenaan menyediakan pelbagai kemudahan seperti mesin faksimili, fotostat dan imbasan serta pelbagai bahan rujukan PRU.

"Selain kelengkapan berkenaan pusat media yang akan beroperasi setiap masa ini turut menjadi tempat diadakan sidang media khusus untuk menemuramah pihak berkaitan termasuk calon-calon yang bertanding.


"Petugas juga disediakan makan sepanjang berada di pusat media ini,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Media PRU14 Terengganu, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, malam tadi.


Pusat media itu dilancarkan oleh Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Mamat sebagai mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sebelum itu, turut diadakan solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz sebagai memohon supaya Allah SWT melancarkan operasi dan tugasan pengamal media sepanjang PRU ini.

Pusat media itu diselaraskan Kerajaan Negeri Terengganu menerusi UKOM dengan kerjasama Pejabat Penerangan Negeri Terengganu. - teganukita.net

Related Posts:

  • Manifesto BN Terengganu Fokus Tiga Bidang Menteri Besar beramah mesra dengan tetamu  yang hadir sempena majlis temu mesra di Dewan Merdeka Kota Putera Square, semalam. Foto oleh Mohamad Ishak Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menumpukan tiga bidang utama … Read More
  • SPNB Bina 248 Unit RIR Di Kuala Ping Ahmad Razif bersama penduduk menjamu selera Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 248 unit Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, dalam tempoh terdekat.Projek di kawasan lapan hekt… Read More
  • Anak Orang Asli Pertama Lanjut Pengajian UniSZA Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada Reemy Razak yang merupakan  anak Orang Asli  pertama di Terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Siapa kata anak Orang Asli tidak boleh berjaya dalam p… Read More
  • Wan Nawawi Terima Pengiktirafan Bomba Wan Nawawi dipakaikan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Wan Mohd Nor Ibrahim dalam Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah  Setiausaha Ke… Read More
  • Jadikan Kisah Wanita Turki, Merve Sebagai Iktibar - Ahmad Razif Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman membawa hadirin menghayati kisah duta wanita Turki yang bertudung, Merve Kavakci yang juga Ahli Parlimen Turki diusir dari parlimen kerana bertudung pada 1999. Wanita … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan