Sunday, 29 April 2018
Oleh : Ezzuan Ahmad
Khabar angin yang menyatakan Dungun antara lokasi dijangka panas dan berisiko berlaku kekecohan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tidak benar sama sekali.
Bagi calon kerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen P039, Dato' Din Adam berkata, ia hanya sekadar tanggapan semata-mata kerana terbukti tiada sebarang insiden buruk yang terjadi sepanjang proses penamaan calon hari ini.
"Isu kerusi panas atau kawasan berisiko berlaku kekecohan tidak akan berlaku kerana semua pihak sudah bersepakat.
"Kita nafikan Dungun adalah lokasi panas yang akan menimbulkan kekecohan ketika proses PRU berlangsung " katanya.
Beliau mengulas demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Pejabat Daerah Dungun, hari ini.
Din menyeru dan meminta penyokong BN dan UMNO supaya jangan menimbulkan gangguan kepada parti lawan, begitu juga pembangkang juga diminta tidak melakukan sebarang provokasi terhadap BN.
"Kita bukan nak berkelahi dan jangan memburuk-burukkan sesama calon sebaliknya tonjolkan kemampuan masing-masing.
"Pimpinan Parti juga akan memerhati supaya semua jentera mengamalkan politik matang dan sejahtera.
"Setakat ini kita tidak terima sebarang aduan , dakwaan ini timbul mungkin kerana dahulu kita masih tidak amalkan politik matang dan sejahtera,"katanya.
Menurut Din lagi, semua petugas parti juga telah diberikan penerangan dan nasihat supaya dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi menjamin suasana harmoni dan aman. - teganukita.net
Related Posts:
523 Pemandu Teksi Di Terengganu Terima Bantuan Tayar Kerajaan negeri mengagihkan RM262,000 melalui Program Tayar Percuma kepada 523 pemandu teksi yang berdaftar di seluruh Terengganu.Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program itu, setiap p… Read More
Trek Lingai Challenge Paling Mencabar “Trek Kejohanan Lingai Challenge 2017 paling mencabar berbanding enam perlumbaan berbasikal lasak yang disertai sebelum ini berikutan banyak kawasan berbukit perlu dilalui. “Paling mencabar terpaksa meredah Bukit… Read More
Terengganu Belanja RM4.2 Juta Jayakan Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas Setiap Tahun Pasukan Besut bergambar dengan Menteri Besar dan kenamaan lain sebagai meraikan kemenangan futsal selepas menewaskan Kuala Terengganu di pentas akhir sempena Majlis Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat N… Read More
SKMM Kuatkuasa Akta Khas Kawal Laporan Berita Berunsur Fitnah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta khusus bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online bagi menangani aduan berkaitan kandungan jelik … Read More
Sedia Inisiatif Bantu Peladang, Penternak Dan Nelayan Keprihatinan kerajaan terhadap peladang, penternak dan nelayan menyediakan inisiatif dalam bentuk bantuan, projek dan program bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan sasar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahma… Read More