Rozi menunjukan baju peserta LAJSM 2017. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang menawarkan hadiah berjumlah RM186,000 menyasarkan lebih 5,000 pelumba luar Terengganu termasuk dari luar negara untuk bersaing pada kejohanan 23 September ini.
Kejohanan yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) mensasarkan peserta keseluruhan seramai 50,000 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, LAJSM 2017 yang bertemakan `Vacay Run’ menawarkan lima kategori iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 5 km dan `fun run' yang menetapkan jarak 3 km.
Katanya, fokus utama pada edisi kali ini adalah untuk menarik lebih penyertaan dalam acara 42 km, 21km iaitu marathon dan half marathon.
“Kedua-dua acara ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan kebiasaannya pelari-pelari jarak jauh inilah yang akan mengisi slot larian-larian marathon luar dari Bandaraya Kuala Lumpur.
“Dengan kehadiran pelari-pelari ini akan menggalakkan lagi sektor pelancongan di Terengganu,”katanya.
Beliau berkata demikian pada pra pelancaran LAJSM 2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Presiden POAT, Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.
Rozi turut memberitahu, penganjur akan mengumumkan laluan rasmi untuk semua kategori sebulan sebelum acara berlangsung di facebook rasmi LAJSM 2017.
Katanya, ini adalah untuk memberi ruang kepada penelitian faktor keselamatan pelari kerana pertama kali larian sejauh 42km dilepaskan pada jam 12.01 pagi dan 21km pula pada 2.30 pagi.
“Faktor itu mengambil kira permintaan pelari-pelari jarak jauh sentiasa mengambil kira faktor cuaca.
“Di Terengganu cuaca selepas pukul 9.00 pagi agak panas, mendatangkan ketidakselesaan selain boleh mengakibatkan risiko hidrasi iaitu kurang air didalam badan kepada pelari kategori itu,” katanya
Menurutnya, dijangka kedua-dua acara itu akan tamat sebelum 6.30 pagi untuk memberi laluan kepada krew terlibat.untuk solat subuh.
“Lokasi pelepasan dan penamat larian akan berpusat di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu,” katanya
Orang ramai boleh mendaftar secara dalam talian bermula hari ini di www.myraceonline.com dengan harga diskaun selama sebulan, yang berakhir 25 Mei selepas itu peserta akan membayar dengan harga normal.
Untuk pendaftaran secara manual iaitu acara bagi kategori tertutup pelajar sekolah menengah 12km dan sekolah rendah (5km) akan dibuka pada 25 Mei.
Penyertaan dijangka ditutup pada 23 Ogos atau bergantung kepada jumlah pelari. - teganukite.net
|
Thursday, 27 April 2017
Related Posts:
PAU 2016: Parti UMNO Perlu Ikon Muda Parti UMNO perlu meramaikan ‘ikon muda’ bagi mendekatkan generasi muda dengan parti itu. Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, ikon muda yang dimaksudkan adalah pemimpin muda yang berada di barisan hadapan… Read More
UMNO Kuala Nerus Catat Keahlian Baru Tertinggi UMNO Kuala Nerus merupakan bahagian yang mencatat keahlian baru tertinggi iaitu dengan bilangan 2,876 ahli. Terdahulu, Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden memuji UMNO Tere… Read More
Terengganu Jana Sampah Sarap Hasil Tenaga Elektrik Pertama Di Asia Tenggara Ahmad Razif menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek 'Waste To Wealth' di antara Mercu RE Solution Sdn Bhd dengan Kerajaan Terengganu di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini. F… Read More
Prinsip Wala Mampu Perkukuh Jentera Parti Ahmad Razif bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim Menteri Besar, Ahmad … Read More
TDM Lonjak Keuntungan Sebelum Cukai 115 Peratus Suku Ketiga Berakhir 2016 Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Development Management (TDM) Berhad mencatatkan peningkatan ketara 115 peratus keuntungan sebelum cukai kepada RM22.7 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016. … Read More