Thursday, 27 April 2017


Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam peringkat akhir untuk menentukan corak dan bentuk, akan menjadi sebuah hospital yang selesa untuk pesakit apabila siap kelak.
Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, pihaknya mendapat kebenaran merancang daripada kerajaan negeri dan antaranya adalah mengadakan bilik khas bagi menempatkan pesakit di hospital berkenaan.
"Hospital Pengajar UniSZA ini akan mempunyai ciri-ciri antarabangsa dan Insya- Allah hospital ini bukan seperti hospital berbentuk 'warehouse' tetapi disediakan bilik untuk setiap pesakit.
"Ia adalah sebuah hospital awam tetapi setiap pesakit ada bilik masing-masing," katanya kepada wartawan ketika merasmikan program anak angkat di Kampung Seri Kenangan, Setiu, kelmarin.
Menurutnya, kerja-kerja pembinaan sebenar akan dibuat di kawasan tersebut selepas siap proses pemasangan cerucuk.
Tambahnya, pihaknya sudah membuat persediaan pengurusan sebanyak 90 peratus dan akan mematuhi perancangan asal untuk memastikan hospital ini siap sepenuhnya pada akhir 2019.
Menurutnya, ketika ini, pihak UniSZA masih menempatkan penuntutnya bagi menjalani praktikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

"Begitu juga dengan kakitangan, kami ada 40 pakar yang masih berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan UniSZA Holding di Kampus Gong Badak. - teganukite.net

Related Posts:

  • Semua Guru Bertindak Sebagai Guru Disiplin Ahmad Razif mencanting batik sebagai simbolik merasmikan Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kementerian Pendidikan mem… Read More
  • 555 Graduan Dirai Sempena Konvokesyen TATiUC Seramai 555 graduan Kolej Universiti Tati (TATiUC) menerima diploma dan ijazah masing-masing di Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor TATiUC, Kemaman, hari ini. Majlis yang diadakan bersama dengan Sambutan 10 tahun TATiUC &… Read More
  • Terengganu Lokasi Pencarian Protege Ekspeditor Negara Sebahagian peserta yang hadir pada Programpada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah Kassim … Read More
  • TATiUC Bakal Jadi Pusat Latihan Pekerja ECRL YB Ghazali Taib Kolej Universiti TATI (TATiUC) bakal menjadi pusat latihan pekerja bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib berkata, ECRL dijangka mampu menyediakan seba… Read More
  • Zulkhibri Jadi Cikgu Tuisyen Rakan Sekuliah Graduan ijazah Kejuruteraan Teknologi Pembuatan yang juga bekas pegawai bank, Zulkhibri Baharom, 39, berasal dari Batu Pahat, Johor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti … Read More

Demi Masa

SABTU, 21 Jun 2018
9:04 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75747
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan