Sunday, 29 April 2018

Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM516,780 untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Tulen setiap tahun.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian dana tersebut bagi menbolehkan mereka mendapat perlin­dungan insurans se­kiranya terlibat dalam kemalangan ketika bekerja.

“Kita sedia maklum, caruman untuk Perkeso kepada guru-guru KAFA ini sangat penting untuk menjaga kebajikan mereka sekiranya ditimpa musibah.

“Setakat ini, seramai 3,000 orang yang sedang menabur bakti dengan mengajar kelas al-quran, fardu ain dan sebagainya di seluruh negeri ini dan khidmat mereka amat diperlukan untuk menegakkan syiar Islam di negeri ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato’ Dr. Alias Abdullah.

Menurut beliau, pada majlis itu juga guru-guru KAFA turut menerima pemberian bonus seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018.

“Dalam bantuan khas 'one-off ' ini, guru KAFA  turut menerima RM1,500 seperti penjawat awam. Sebanyak RM1,000 telah mereka terima awal Januari lalu, manakala bakinya RM500 diberikan hari ini,” ujarnya.


Sementara itu Ahmad Razif berkata, bayaran elaun untuk guru Khidmat Masyarakat bagi bulan Februari dan Mac 2018 juga dibuat pada majlis tersebut.

“Malah, kerajaan negeri turut memberikan RM500 setiap seorang atas jasa mereka (Guru Khidmat Masyarakat) mengadakan kelas-kelas mengajar di kampung yang melibatkan belanja hampir RM1 juta.

 “Pembayaran akan dibuat kepada kira-kira 1,700 orang Guru Khidmat Masyarakat pada bulan Ramadhan nanti,” katanya.


Lebih mengembirakan katanya, semua pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Terengganu turut menerima pemberian bonus sebanyak dua bulan gaji untuk kakitangan Gred 19 ke atas dan tiga bulan gaji kepada kakitangan Gred 14 ke bawah.

“Pembayaran ini dibayar secara dua peringkat iaitu pada hari ini dan bulan Disember nanti.

“Pemberian bonus ini adalah hasil keuntungan pelaburan saham Yayasan Islam Terengganu untuk tahun 2017 dan 2018 yang berjumlah hampir RM50 juta,” jelasnya. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14 : Ketua Keselamatan PPBM Besut Keluar Parti Jentera Keselamatan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Besut lumpuh apabila Ketua Keselamatan parti itu, Hashim Che Hassan, 50, bertindak keluar parti itu, malam tadi.Hashim membuat pengistiharan keluar pa… Read More
  • Tuduhan Pembangkang Tidak Berasas- Ahmad Razif Ahmad Razif melayan pelanggan pada Program  Jualan Sentuhan Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengatak… Read More
  • Jangan Fikir Soal Ganjaran - SUK Nawawi bersama penjawat awam pada Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman. Tengku Syamim Tengku Ismail Penjawat awam di negeri ini diingatkan  supaya tidak terlalu memikirkan soal ganjaran, termasuk jumlah… Read More
  • PRU14 : Deposit Pasang Bendera Hanya Cagaran Bayaran deposit RM50 bagi permit pemasangan bendera dan iklan pilihan raya di setiap jalan di kawasan pentadbiran Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) bukanlah perkara baharu, sebaliknya diperkenalkan sejak PRU13.Datu… Read More
  • Festival Perarakan Mazu, Selera Rasa Sasar 40,000 Pengunjung Tun Ahmad Faisal (dua kanan) menunjukkan poster Festival Perarakan Mazu dan hidangan tradisi Terengganu pada sidang media di Restoran Madam Bee, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail  Jaba… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:04 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74703
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan