Tun Ahmad Faisal (kanan) menunjukkan poster aktiviti Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. Foti Oleh: Zulkifli CW Putra
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mengambil inisiatif menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dengan penganjuran Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri selama dua hari bermula 14 April ini bertempat di Desa Ukiran Kayu Kampung Raja, Besut.
Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, penganjuran festival tersebut merupakan penjenamaan semula Pekan Budaya yang diadakan di daerah-daerah sebelum ini dengan menonjolkan keunikan serta kekuatan daerah terbabit.
“Besut merupakan lokasi pertama diadakan festival ini yang akan mengenengahkan komponen-komponen kesenian dan kebudayaan yang sinonim dengan daerah itu.
“Selain kaya dengan produk pelancongan seperti seni ukiran kayu, Besut yang terkenal dengan seni kebudayaan seperti Main Puteri, Mak Yong, Wayang Kulit, Dikir Barat, Tarian Abang, permainan tradisional gasing terbang dan gasing uri serta pelbagai lagi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu 2017 di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah.
Katanya, bermotifkan usaha melestari dan memulihara khazanah kebudayaan dan kesenian serta warisan negeri, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena festival ini yang diselaraskan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
“Antaranya, pameran dan demostrasi ukiran kayu dan keris, jualan kuih tradisional, pertandingan gubahan sireh junjung, masakan terbuka berasaskan itik dan persembahan marhaban.
“Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan silat, tarian balada anak seni, serta anugerah tokoh budayawan,” ujarnya.
Sementara itu, Tun Faisal memberitahu pihaknya menyasarkan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung keFestival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu. - teganukite.net
|
Tuesday, 11 April 2017
-
April 11, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Related Posts:
6,000 Pengunjung Dijangka Kunjungi TMEx Lebih 6,000 pengunjung dijangka hadir pada Travel Market Expo (TMEx) 2017 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu yang mempromosikan pelbagai pakej pelancong domestik dan luar negara menarik. Pameran yang … Read More
Pesaka Anjur Pertandingan Gendang Silat 24-25 Mac Ini Rosol bersama dengan wakil-wakil dari persatuan silat di bawah Pesaka bakal berada di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 dan 25 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia(Pesa… Read More
Kebudayaan Terengganu Dipentaskan Di Istana Budaya Julai Ini Mohamed Nazri mencuba membakar bekang sambil diperhatikan Ahmad Razif selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim… Read More
Terengganu Bike Week 2017 27 Mac- 2 April, Tampil Kelainan Tengku Sri Temenggung (kanan) bersama Tun Faisal menunjukkan pamplet mempromosikan penganjuran Terengganu Bike Week 2017 27 Mac-2 April 2017 ini. Terengganu Bike Week 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac h… Read More
Lubok Bayas Bakal Jadi Pusat Perkelahan Pilihan Di Terengganu Kemudahan di Lubok Bayas, Kampung Menerong,Ajil akan ditambak baik supaya pusat perkelahan itu mampu menjadi pilihan pengunjung sempena Visit Beautiful Terengganu(VBT)2017.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedi… Read More