Tengku Sri Temenggung (kanan) bersama Tun Faisal menunjukkan pamplet mempromosikan penganjuran Terengganu Bike Week 2017 27 Mac-2 April 2017 ini.
Terengganu Bike Week 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 2 April ini, bakal membawa kelainan kepada pengunjung dan kira-kira 3,000 peserta yang datang dari dalam dari luar negara, sempena sambutan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.
Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, program tahunan bagi edisi kali kelima itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti baharu kepada peserta yang mampu menonjolkan tradisi dan kebudayaan Terengganu.
"Pada tahun ini, program ini dijangka lebih meriah dan menarik dengan penglibatan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya, selain pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran serta jualan turut dianjurkan di Dataran Batu Buruk dan di Dataran Permata Seberang Takir.
“Kali ini ada sedikit perbezaan apabila program yang turut mendapat sambutan dari kerajaan negeri ini turut mempromosikan VBT 2017 yang sedang berlangsung,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sidang Media Sempena Terengganu Bike Week 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.
Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Zanariah Mamat dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani .
Katanya, dalam memeriahkan lagi acara sempena VBT 2017 pihaknya akan menonjolkan pelbagai aktiviti dan warisan yang terdapat di negeri ini kepada peserta terutama mereka yang datang dari luar Terengganu termasuk Brunei, Singapura dan Thailand.
"Pada 31 Mac, semua peserta akan berkumpul dan kita akan menjemput penunggang dari luar negara di sempadan dan pada 1 April, kita akan adakan konvoi muhibah di Kampung Baru Seberang Takir dan peserta akan didedahkan dengan aktiviti kebudayaan masyarakat setempat termasuklah aktiviti pembuatan keropok lekor.
"Selain itu, kita juga akan menjalankan program amal yang mana kita akan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan,"katanya. - teganukite.net
|
Wednesday, 22 March 2017
-
March 22, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , SUKAN , UTAMA
Related Posts:
Pameran Senjata Suntik Kelainan Di Kejohanan Payung Terjun ATM 2017 Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ketiga yang sedang berlangsung di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus membawa kelainan apabila turut menyediakan pameran senjata kepada pengunjung.Menter… Read More
Sasar 100,000 Pelancong Ke Terengganu Hasil Joyful Malaysia Tuan Ahmad Faisal menunjukan poster promosi Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA2, sepanjang Oktober ini. Foto oleh: Tg Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyasarkan kira-kira 1… Read More
Terengganu International Bike Meet Antara Terbesar Di Asia Terengganu International Bike Meet (TIBM) Volume 2 2017 yang akan berlangsung di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu selama dua hari bermula 29 September ini dijangka menjadi antara himpunan motor yang terbesar di Asia.Pe… Read More
Pengunjung Festival Kenyir 2017 Lepasi Sasaran Festival Kenyir 2017 yang diadakan selama empat hari bermula 14 September lepas berjaya melepasi sasaran apabila mencatat kedatangan seramai 75,751 orang sepanjang program itu berlangsung Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. … Read More
Misi Tawan Gunung Latimojong Bermula Semangat dan iltizam membara mengiringi misi 20 pendaki untuk menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini. Pengembaraan yang turut disertai media Te… Read More