Rosol bersama dengan wakil-wakil dari persatuan silat di bawah Pesaka bakal berada di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 dan 25 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia(Pesaka) Negeri Terengganu bakal menganjurkan Pertandingan Gendang Silat 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, pada 24 hingga 25 Mac ini.
Yang Dipertua Pesaka Negeri Terengganu, Dato' Rosol Wahid berkata, pertandingan yang turut mendapat sokongan kerajaan negeri tersebut bukan sekadar untuk merebut ganjaran, malah sebagai medan persaingan sihat untuk mencari pelapis baru dalam seni Melayu itu. Katanya, inisiatif Pesaka bagi memastikan arena seni warisan Melayu ini terus berkesinambungan dan diwarisi zaman-berzaman. "Tujuan kita adalah untuk menghidupkan kembali seni budaya warisan Melayu kerana apabila pergi ke kampung-kampung, kita dapat kita lihat bahawa ramai yang menjadi peniup serunai, pemain gendang ibu, gendang anak adalah terdiri daripada golongan veteran. "Apa yang membimbangkan nanti jika kesenian ini tidak dipelihara atau dilatih kepada orang muda, ia hanya akan menjadi warisan dan disimpan di muzium-muzium apabila tiada golongan veteran," katanya.
Beliau ditemui pemberita di sidang media sempena Pertandingan Gendang Silat 2017 di Institut Strategik dan Integriti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.
Dalam pada itu, Rosol sempat menyeru agar pegendang serta pesilat untuk beramai-ramai memeriahkan acara yang diadakan khas untuk golongan tersebut. Tambahnya, bagi memeriahkan lagi pertandingan itu, pihaknya juga menyelitkan beberapa acara lain. "Pada 22 hingga23 Mac, kita turut mengadakan persembahan silat merangkumi beberapa jenis silat untuk tatapan umum. "Manakala pada hari pertandingan pula, kita akan mengadakan pertandingan melukis tanjak," katanya lagi. - teganukite.net |
Wednesday, 22 March 2017
-
March 22, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN
Related Posts:
Kuala Berang Ecofest 2.0 Promosi Tarikan Sungai Kodok Kuala Berang Ecofest 2.0 berjaya menggamit kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang menyertai pelbagai aktiviti sekali gus mempromosikan Sungai Kodok, Kampung Langgar sebagai destinasi tumpuan pengunjung terbaharu di Hu… Read More
Snek Dan Minuman Percuma Di R&R Perasing Mulai Esok Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan mengagihkan snek dan minuman panas secara percuma kepada orang ramai yang singgah di Hentian Rehat dan Rawat ( R&R) Perasing, Kemaman selama sebulan, … Read More
700 Kapal Layar Singgah Di Terengganu Ahmad Faisal bersama pelayar yang singgah di Kuala Terengganu dirai dalam satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Lebih 700 kapal layar membabitkan hampir 1,500 pelayar luar ne… Read More
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu Mulai 16 Jun Ini Dekorasi pelita raya yang menghiasi kawasan R&R Perasing, Kemaman sempena pertandingan pelita raya Beautiful Terengganu Bermula 16 Jun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pertandingan Pelita Raya Beautiful Te… Read More
Lukisan Mural Di Stesen Bas Lama Jadi Tarikan Baharu Lukisan mural karikatur yang menghiasi bangunan di tapak stesen bas lama menjadi tarikan terbaharu di bandar ini sekali gus dapat menarik pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017. Projek inisiat… Read More