Wednesday, 22 March 2017

Mohamed Nazri  mencuba membakar bekang sambil diperhatikan Ahmad Razif selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Seni kebudayaan Terengganu terus diiiktiraf apabila bakal dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Terengganu sememangnya kaya dengan pelbagai seni budaya dan warisan, bagaimanapun masih ramai tidak mengetahui serta menghayatinya secara mendalam.

Katanya, berikutan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan Malam Seni Budaya Terengganu di Istana Budaya bagi menghidupkan lagi kesenian yang ada tersebut.

"Mungkin kita akan adakan pada hujung minggu selama empat hari bermula Khamis. Sepanjang ianya berlangsung, pelbagai persembahan kebudayaan Terengganu akan diadakan.


"Dalam masa yang sama, kita juga akan bawakan sekali makanan-makanan tradisional Terengganu ke Istana Budaya untuk diperkenalkan kepada orang ramai," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar.


Program sembilan hari sejak 17 Mac lalu turut menyediakan beberapa pertandingan seperti pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.

Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.

Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14: Penamaan Calon Parlimen Marang Penuh Debaran Calon-calon Parlimen dan DUN Marang bergambar setelah selesai penamaan calon. Proses penamaan calon Parlimen Marang (P037) berlangsung penuh debaran berikutan semua calon dan penyokong terpaksa menunggu sehingga hamp… Read More
  • PRU14 : Pertandingan Bersaudara Di Parlimen Besut Pertembungan calon bersaudara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Besut (P033) menarik perhatian pengundi khususnya penyokong parti yang bertanding. Calon Barisan Nasional (BN)  Dewan Undangan Negeri (… Read More
  • PRU14: Calon Di Parlimen Setiu Layak Bertanding Ribuan penyokong BN membanjiri pekarangan Pusat Penamaan Calon Setiu Penamaan calon bagi Parlimen Setiu (P034) berjalan lancar apabila semua calon yang akan bertanding menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Pejabat … Read More
  • PRU14: Penamaan Calon Kuala Nerus Lancar Proses penamaan calon P035 Kuala Nerus bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, pagi ini berjalan lancar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan ra… Read More
  • PRU14 : Gelombang Kebangkitan Iringi Calon BN Oleh : Ezzuan AhmadProses  penamaan calon bagi P039, Parlimen Dungun berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang provokasi dari setiap penyokong parti bertanding.Kesemua penyokong parti mula berarak menuju ke Pejabat Dae… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:32 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan