Rozali melihat kaedah memproses air nira ketika Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, semalam.
Majlis Daerah Marang (MDM) bercadang menjadikan pesisiran pantai di Pulau Kekabu, Marang sebagai lokasizon mandian selamat untuk orang ramai menjalankan aktiviti air dan mandi-manda.
Yang Dipertua MDM, Rozali Salleh, berkata kawasan pantai seluas kira-kira 100 meter yang sebelum ini menjadi kawasan larangan dijangka akan dibuka secara berjadual bermula Mei ini dengan menempatkan pasukan penyelamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Katanya, pihaknya sudah memperincikan perkara itu dengan pihak terbabit termasuk, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi merealisasikannya.
“Mereka menyatakan persetujuan dan bersedia bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
“Kewujudan zon tersebut, pastinya mampu menambah kedatangan pengunjung ke kawasan itu untuk pelbagai aktiviti lain, termasuk berkelah dan beriadah,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, di pulau itu, semalam.
Kira-kira 50 peserta terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi, kakitangan MDM dan penduduk setempat mengikuti program itu.
Rombongan dibawa melawat kebun kelapa pandan, kebun madu kelulut, melihat kaedah menganyam atap nipah, memproses manisan kelapa dan proses rokok daun.
Rozali turut memberitahu MDM akan menambahkan beberapa kemudahan lain, termasuk kiosk jualan dan buaian ala Lombok sebagai tarikan untuk orang ramai beriadah bersama keluarga di Pulau Kekabu.
Katanya, istimewanya zon mandian itu berdekatan dengan Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu yang siap dinaiktaraf pada 2015 dengan peruntukan RM700,000.
“Dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk lalauan penjalan kaki, taman permaian kanak-kanak dan tandas awam,”katanya.. - teganukite.net
|
Tuesday, 11 April 2017
-
April 11, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Related Posts:
UniSZA Perkenal Produk Susu Kambing Pehemi menunjukan produk susu kambing keluaran UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA) mengorak langkah mengeluarkan pelbagai produk makanan berasaskan susu kambing berjenama UniFarm. Naib Canselornya, Dato'… Read More
TDM Berhad Tubuh Akademi TDM Ahmad Razif hadir pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di Kompleks Kilang TDM, Pelong Setiu, kelmarin. Tg Syamim Tg Ismail. Penubuhan Akademi TDM, di Pelong… Read More
My Ehsan Bantu Pelajar Miskin Dr Nor Aeni beramah mesra dengan pelajar baru UMT -Foto ihsan Universiti Malaysia Terengganu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan bantuan My Ehsan kepada penuntut baru yang kurang berkemampuan membayar y… Read More
Taman Ilmu, Tembila Besut Mula Beroperasi Kediaman yang menempatkan pelajar UniSZA dibuka secara rasmi hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Taman Ilmu, di Tembila Besut yang diilhamkan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, ketika menjadi Men… Read More
Terengganu Anjur Solat Hajat Merdeka Di Lapan Masjid Johari Pemuda UMNO Terengganu akan menganjurkan Solat Hajat Kemerdekaan dan Doa Untuk Palestin di lapan buah masjid terpilih di seluruh negeri menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke- 60 tahun, malam esok (30 Ogos).Ketuan… Read More