Friday, 2 December 2016


UMNO Kuala Nerus merupakan bahagian yang mencatat keahlian baru tertinggi iaitu dengan bilangan 2,876 ahli.

Terdahulu, Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden memuji UMNO Terengganu yang telah memperoleh keanggotaan baru tertinggi  dengan 9,787 anggota setakat Oktober lalu.

Pengerusi  Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, berkata  pengiktirafan yang disampaikan perdana menteri itu memberi motivasi dan semangat kepada anggota UMNO Terengganu untuk terus bekerja lebih kuat.

“’Ucapan dasar presiden juga mampu memberi ingatan dan menyedarkan pemimpin parti bahawa formula utama UMNO kekal selama 70 tahun ialah kesetiaan kepada parti dan jika diteruskan, UMNO mampu menempuh gelombang cabaran akan datang, “ katanya. 

Ahmad Razif  yang juga Menteri Besar berkata pengalaman menghadapi pelbagai krisis, menjadi pendorong kepada Terengganu untuk berusaha keras mendapatkan lebih ramai keanggotaan UMNO.
Katanya, rahmat di sebalik musibah akhirnya memberi kekuatan kepada semua jentera parti supaya lebih bersedia menghadapi pilihan raya.

“Ia hasil kerja kuat daripada semua, segala krisis dan permasalahan di Terengganu telah selesai. Jentera Terengganu berada di landasan betul dan ditahap terbaik.

“Kita tidak akan berpaling ke belakang lagi dan kita akan bergerak kerana akan menghadapi pilihan raya umum,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - teganukite.net

Related Posts:

  • PAU 2017 : Perang Ini Bapa Segala Pilihan Raya Perang kali ini yang bergelar bapa segala pilihan raya, kita akan bertempur, berlawan habis-habisan! Allahu Akbar! tegas Presiden UMNO, Dato' Seri  Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jelasnya, UMNO akan terus malar dan sega… Read More
  • PAU 2017: Terengganu Guna Formula 'Likable, Winnable' Dato' Seri Ahmad Razif dan isteri, To' Puan Seri Halina bersama rombongan sempat meluangkan masa ke Laman Media di PWTC sempena PAU 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Formula 'likable' dan 'winnable' akan diguna … Read More
  • PAU 2017 : Melayu Dan UMNO Berpisah Tiada Tidak ada parti lain yang boleh membela nasib orang Melayu kecuali UMNO. Bak kata pepatah orang lama, Melayu dan UMNO berpisah tiada, tegas Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Menurutnya, yang penting adalah bagaim… Read More
  • PAU 2017 : Pilihan Tepat Demi Masa Depan Setiap warga negara perlu membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi demi kepentingan negara dan masa depan generasi akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri Batu … Read More
  • PAU 2017: UMNO Bukan Kerja Semasa PRU Sahaja Mohd Sabri Alwi UMNO dan Barisan Nasional tidak hanya turun padang untuk pilihan raya semata-mata, tetapi bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, pelb… Read More

Demi Masa

SELASA, 24 Jun 2018
5:53 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75788
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan