Monday, 11 December 2017
Perang kali ini yang bergelar bapa segala pilihan raya, kita akan bertempur, berlawan habis-habisan! Allahu Akbar! tegas Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Jelasnya, UMNO akan terus malar dan segar untuk hidup memimpin, bukan sekadar 30 tahun mendatang malah InsyaAllah bagi tempoh seribu tahun lagi.
"Saya ingin mengajak semua berfikir masak-masa mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini...'is not just another general election'.
"Lebih mustahak jika kali ini negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab, apa yang bapa terdahulu bina dengan segala susah payah selama ini akan ranap dan musnah,"katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung 2017.
Najib berkata, percaturan perjuangan kali ini cukup serius dan tidak ada tawar- menawarnya lagi.
"Pertamanya, sanggupkah kita membiar agama Islam dan syiar diperlekeh dan diperhina di tanah ini?
"Kedua,sanggupkah kita melihat kedudukan isntitusi raka-raja Melayu tidak lagi dimulia manakala institusi kebanggaan Melayu seperti MARA, FELDA serta Tabung Haji akan disisih,"ujarnya.
Tambahnya lagi,Perhimpunan Agung dan PRU kali ini bukan hanya demi UMNO tidak juga untuk Barisan Nasional(BN), namun terpikul semua misi yang amat besar bagi menentukan survival yang penting dan destini masa depan umat serta negara.
Najib berkata, kita berbicara mengenai arah kompas halatuju atau hak rakyat sebagai pengundi pada setiap pilihanraya, saya tidak mahu lagi kita mengulangi kesilapan dan kelalaian yang berlaku dalam PRU-13.
"Semua orang tahu UMNO tidak lemah, kita masih menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen, kita menjadi mangsa politik persepsi pembangkang.
"UMNO bukan parti bersifat rasis, jika tidak bagaimana kita diterima mengepalai parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah,"kata Najib.
Beliau turut berkata,apabila sudah ada calon yang dikenalpasti, janganlah diboikot dan disabotaj tetapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi bagi memastikan kemenangan milik UMNO dan BN pada PRU14 nanti. - teganukite.net
Related Posts:
PRU14: Lapan Calon BN Bekas Guru Barisan Nasional (BN) Terengganu mengiktiraf profesion perguruan apabila meletakkan lapan daripada 32 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), di kalangan guru. Mereka adalah D… Read More
PRU14 : Prestasi Terbaik Calon Wanita Ahmad Razif meninjau tugasan pengamal media di Pusat Media PRU14, di Hotel Permai. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Prestasi calon wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Bukit Payung, memberangsangkan seterusn… Read More
PRU14 : MCA Dekati Pengundi Tionghua Oleh : Ezzuan AhmadMCA Bahagian Kemaman akan terus mendekati pengundi Tionghua atas pagar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menang di kerusi N31 Chukai dari tangan Pas.Pengerusi MCA Bahagian Kemaman, Datuk Seri … Read More
PRU14 : Pilih Parti Yang Tunai Janji, Beri Khidmat Terbaik - A. Latiff Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang mengingatkan pengundi terutama golongan muda supaya memilih secara matang dengan melihat 'track record' parti yang mampu menjana… Read More
PRU14 : Pembangkang Raih Simpati Tuduh Projek Tanaman Jagung Bijian Oleh : Ezzuan AhmadDakwaan pembangkang kononnya projek perintis tanaman jagung bijian di Kampung Dadong, gagal adalah tidak benar sama sekali dan ianya hanya bertujuan untuk meraih simpati politik.Menteri Pertanian dan Indu… Read More