Monday, 11 December 2017

Dato' Seri Ahmad Razif dan isteri, To' Puan Seri Halina bersama rombongan sempat meluangkan masa ke Laman Media di PWTC sempena PAU 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.


Formula 'likable' dan 'winnable' akan diguna pakai oleh UMNO dan Barisan (BN) Nasional Terengganu untuk memastikan isu 'cah keting' dapat diatasi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, isu tersebut adalah perkara biasa berlaku dalam PRU yang lalu, bagaimanapun ianya perlu diatasi untuk kepentingan bersama dan parti.

Katanya, dalam mengatasi isu tersebut juga Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu telah mewujudkan satu jawatankuasa baru dinamakan ' Crisis Room'.

"Kita telah wujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan 'Crisis Room' untuk mengurangkan apa sahaja isu yang berkait dengan 'cah keting'.

"Kita telah kenal pasti di setiap DUN dan parlimen siapa yang akan 'cah keting'. Jadi kita sudah buat persiapan apakah tindakan yang akan di ambil atas permasalahan ini," katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam lawatanya ke Laman Media bagi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Ibrahim @ Mamat dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Dato' Muda Mamat.

Dalam lawatan tersebut, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan kepada media yang bertungkus-lumus membuat liputan sempena PAU 2017 tersebut.

Mengulas lanjut mengenai pembangkang di Terengganu, Ahmad Razif berkata pihak UMNO negeri tidak mempunyai masalah kerana telah bersedia untuk menghadapinya.

Katanya, dengan penambahan parti-parti serpihan yang baru, ianya sedikit sebanyak memberi lebih keuntungan untuk UMNO.

"Cuma apabila pertandingan satu lawan satu mungkinlah yang ini akan jadi 50-50 di sebahagian tempat, tetapi apabila berlaku tiga penjuru dan lebih sudah tentu insyaallah ini akan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • PAU 2017 : Najib PM Terbaik Zainuddin Zainal Dato' Sri Mohd Najib (Tun Abdul Razak) adalah antara Perdana Menteri terbaik sejak saya berada dalam parti politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) 60 tahun lalu, kata bekas Naib Pengerusi Veteren UMNO… Read More
  • PAU 2017 : UMNO Terengganu Sedia Hadapi PRU14 Ahmad Razif ketika ditemui di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. UMNO Terengganu perlu memastikan bahawa hala tuju, selain perlu membuat persediaan rapi jika mahu menang pada  Pilihan Ra… Read More
  • PAU 2017: UMNO Perlu Menang, Elak Sesal Masa Depan UMNO perlu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang supaya tidak menyesal pada masa akan datang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,  ucapan dasar Presi… Read More
  • PAU 2017 : Bukti UMNO Parti Tersusun, Ada Peraturan Perhimpunan Agung UMNO 2017 menjadi bukti bahawa UMNO adalah parti yang mempunyai struktur mantap, organisasi tersusun, ada Perlembagaan dan peraturan serta patuh kepada undang-undang, malah dapat menunjukkan kepada parti… Read More
  • PAU 2017: Kurangkan Situasi Pergaduhan Sesama Sendiri - Johari Johari yang ditemui pada PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim Kurangkan situasi pergaduhan sesama sendiri bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal menerajui kerajaan pada Piliha… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
10:38 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan