Friday, 2 December 2016


Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato’ Mohd Sabri Alwi  memuji tindakan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Abd  Razak yang mengambil  keputusan memecat mana-mana individu  menjadi duri dalam daging kepada parti UMNO.

Katanya, mereka yang diibaratkan  gunting dalam lipatan itu, tidak boleh berada dalam parti kerana boleh menjadi lebih parah dan mana-mana ahli UMNO janganlah pula bersikap nasi tambah kepada isu-isu tertentu yang belum terbukti kesahihannya.

“Apa yang diperkatakan ini perlu dipandang serius kerana bimbang pembangkang mengambil kesempatan dengan menabur fitnah yang akan diulang-ulang.

“Fitnah yang dilemparkan kepada isteri presiden parti Datin Seri Rosmah Mansor semasa PRU ke 13 lalu berkaitan cincin bernilai RM24 juta sedangkan ia telah dimanipulasi oleh pembangkang serta diulang-ulang supaya rakyat mengiyakannya,” katanya.

Menurutnya,  ramai lagi kalau dilihat pemimpin pembangkang telah dijatuhkan hukuman kerana fitnah yang dilemparkan kepada mana-mana pemimpin parti UMNO.

“Contohnya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli yang telah bersiri-siri menabur fitnah akhirnya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan baru-baru ini dan juga Tony Pua yang turut dijatuhkan hukuman selama 3 bulan.

“Mana-mana pemimpin yang dulunya bersama UMNO  telah dibuang dari parti kerana kerakusan kuasa dan telah menubuhkan parti sendiri, ” Katanya.

Katanya, apa yang diperkatakan itu termasuk  Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertindak menubuhkan PKR atas perjuang peribadi.

“Manakala bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengambil pendekatan yang sama menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


“Saya berharap kepada ahli-ahli UMNO, perlu mengambil penganjaran berguna agar tidak mendatangkan keburukan lebih parah kepada parti,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pakatan `Copy Paste' Inisiatif Sudah Dibuat Kerajaan BN - Johari Johari sebagai salah seorang ahli panel Program Ukhuwah Kasih & Ihsan Rakyat (UKIR) dan Sembang Santai Orang Muda Kuala Berang 2050 bersama -sama  Adun Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang Pergerakan … Read More
  • Warga Felcra Sokong BN Menteri Besar bersama tetamu kehormat bergambar bersama penerima anugerah Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. F… Read More
  • Terengganu Boleh Menang Dua Pertiga - Lokman Lokman ketika memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada 700 orang yang hadir dalam majlis di Dewan Berlian Utama, Majlis Pembandaran Kemaman. Senario politik Negeri Terengganu tetap memihak kepad… Read More
  • Purata Pendapatan Nelayan Di Terengganu RM2,000 Sebulan Nelayan tradisional atau nelayan Zon A (pesisir pantai) di negeri ini mampu mendaratkan sebanyak lebih 16,509 tan metrik ikan dengan nilai lebih RM132 juta setahun.Dengan jumlah 5,698 orang nelayan Zon A di seluruh Terengga… Read More
  • Calon BN Sudah Muktamad Menteri Besar bersama tetamu kehormat yang hadir  bergambar bersama replika cek dividen projek usahama Felcra Berhad berjumlah RM1.3 juta pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulih… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:41 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan