Friday, 30 December 2016

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada nelayan. Foto oleh CW Zulkifli.

Kerajaan negeri tidak meminggirkan kebajikan pengusaha beca dan bot penambang apabila golongan itu bakal menikmati keistimewaan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, 60 pengusaha beca dan 20 bot penambang menerima insentif daripada kerajaan negeri sebanyak RM200 seorang setiap bulan dan bermula tahun hadapan pula, beca dan bot mereka akan berwajah baru.

Selain itu, mereka juga akan turut menerima beca baru yang berharga hampir RM6,000 sebuah.

“Beca ini sedang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ianya menggunakan konsep yang hampir sama dengan beca di Singapura di mana menggunakan fiber.

“Kos yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat adalah RM3,000 bagi setiap satu manakala kerajaan negeri pula bersetuju untuk menambah hampir RM3,000 lagi untuk pembelian beca tersebut kerana kita tidak mahu beca lama menimbulkan masalah kepada mereka,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Nelayan, Buruh, Pengayuh Beca, Pemandu Bot Penambang dan Penyerahan Mobile Preneur Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Felcra Training & Consultancy Rohaizat Ahmad dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memperuntukkan RM600,000 bagi membaiki dan menambah baik bot penambang termasuk dari segi pencahayaan.

“Setiap bot penambang kita salurkan RM30,000 dan sebanyak 20 buah bot akan dibaiki melalui empat fasa di mana setiap fasa lima buah bot akan dibaiki.

“Tender bagi pembaikan bot tersebut telah ditutup dan difahamkan keputusan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Kita tidak boleh baiki serentak kerana nanti tiada bot penambang yang akan beroperasi,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Nasi Dagang Terengganu Bakal Tembusi Australia Ahmad Razif turut turun padang mempromosikan Nasi Dagang Sejuk Beku kepada pengusaha-pengusaha makanan di Australia ketika lawatan kerajaan negeri ke Perth baru-baru ini. Nasi dagang sejuk beku keluaran T-Kitchen, sebuah a… Read More
  • Pulau Kapas Paling Dekat Pulau Kapas di Marang, Terengganu antara destinasi percutian pilihan utama yang terletak hanya kira-kira 18 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan pulau peranginan paling hampir dengan tanah besar, iaitu berjarak enam… Read More
  • Kuala Berang Ecofest 2.0 Promosi Tarikan Sungai Kodok Kuala Berang Ecofest 2.0 berjaya menggamit kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang menyertai pelbagai aktiviti sekali gus  mempromosikan Sungai Kodok, Kampung Langgar sebagai destinasi tumpuan pengunjung terbaharu di Hu… Read More
  • Ngambat Ikan Sungai Berang Tarikan Di Hulu Terengganu Program ngambat atau mengarau ikan kini dijadikan program tahunan dan mengisi kalendar pelancongan Daerah Hulu Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib berkat… Read More
  • TIPCO 2017 Bakal Promosi Terengganu Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam TIPCO 2017 bersama dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di Quinara Al-Safir, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku I… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan