Thursday, 29 December 2016

Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong.

Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya menjelang April tahun hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang merentangi Sungai Terengganu melibatkan kos sebanyak RM242 juta itu bakal menguraikan masalah trafik yang sering terjadi terutama pada musim perayaan serta cuti sekolah.

Katanya, selain jambatan tersebut, beberapa projek pembangunan lain yang masih dalam pembinaan akan menyelesaikan masalah trafik di laluan berkenaan, tidak lama lagi.

“Keseluruhan trafik yang berada di Kuala Terengganu ini akan dapat diselesaikan kelak apabila siapnya jambatan angkat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Seberang Takir serta jejantas di Jambatan Sultan Mahmud ke Seberang Takir, Batu Enam serta Bukit Tunggal.

“Apabila projek-projek ini siap kelak, ianya dapat menyelesaikan keseluruhan atau paling tidak dapat memastikan permasalahan trafik tidak akan terjadi dalam masa 10 tahun akan datang,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada selepas merasmikan Penyambungan Terakhir Projek Jambatan (Stiching Slab) di Jambatan Pulau Sekati, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri,Ir. Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud.

Tambah Ahmad Razif, selain dari projek-projek tersebut, kerajaan negeri juga dalam proses menyiapkan KT-Bypass yang menghubungkan Jalan Tok Adis ke Jalan Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi mengurangkan kesesakan trafik.  - teganukite.net

Related Posts:

  • Pegawai Kerajaan Terikat Dengan SOP Dato' Wan Nawawi Wan Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menegaskan bahawa pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri  secara profesional se… Read More
  • Titans Terus Mara Pemain T-Team meraikan kemenangan dalam perlawanan menentang ATM selepas menundukkan pasukan tersebut dalam kelayakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.  Titans mara ke pu… Read More
  • Pentadbir Tanah Disaran Semak Status Tanah Bukan Hak Milik Pihak pentadbir tanah diminta menyemak kembali mana-mana penduduk di Terengganu yang masih menumpang di atas tanah milik kerajaan atau berstatus bukan hak milik.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kera… Read More
  • Kakitangan WDI Zahirkan Sokongan Untuk TSG Di LTdL Kakitangan Wisma Darul Iman (WDI) menyatakan sokongan penuh kepada  pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang akan mewakili negeri ini dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 ya… Read More
  • Terengganu Lancar `Hari Tanpa Mesyuarat' Setiap Isnin Wan Nawawi bersama sebahagian daripada peserta yang menyediakan kain rentang sempena LTdL bagi menzahirkan sokongan mereka dalam kejohanan penuh prestij tersebut. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Kempen `Hari Tanpa Tali Leh… Read More

Demi Masa

RABU, 2 Julai 2018
11:42 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan