Thursday, 28 June 2018


Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Ngeri, Dr Mamad Puteh berkata, jumlah itu dijangka akan meningkat berdasarkan semakan semula terhadap senarai penerima e-Kasih.

 “Setakat ini, lebih kurang 6,000 penerima telah memperoleh manfaat bagi penggunaan 20 meter padu air. Mereka terdiri dalam senarai penerima e-Kasih dan penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Kita jangka jumlah penerima akan bertambah setelah pembukaan permohonan baharu (e-Kasih), penerima zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu selain penyelarasan kaedah baharu termasuk (keluarkan borang) yang akan di laksana bagi membolehkan mereka yang layak mendapatkan bantuan bekalan air,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, pemberian air percuma hanya meliputi penggunaan sebanyak 20 meter padu ke bawah yang ditawarkan hanya untuk golongan berpendapatan rendah dan miskin sahaja.

“Sekiranya mereka menggunakan lebih daripada kadar itu, contohnya 25 meter padu, mereka hanya perlu membayar bagi penggunaan lima meter padu sahaja," ujarnya. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14 : Kuasa Wanita Penentu Kejayaan BN Kuasa wanita menjadi penentu utama memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To' P… Read More
  • PRU14: BN Yakin Rampas Kembali Kuala Nerus Pengerusi Badan Nasional (BN) Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yakin BN akan menang di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Menteri Besar Terengganu itu berk… Read More
  • PRU14: Tiga Sekawan Bakal Rebut Kerusi Langkap Sabri bersama dua calon dari parti lawan Azmi (kiri) dan Mustaffa (kanan) Tiga sekawan yang juga anak peneroka dari Felda Chalok, Kampung Rahmat, Setiu bakal bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langk… Read More
  • 900 Ibu Tunggal Di DUN Batu Rakit Terima Sumbangan Halina menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal. Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) hari ini menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 900 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN)… Read More
  • PRU14: Pertembungan Tiga Penjuru Di Kuala Nerus Calon BN Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Kerusi Parlimen Kuala Nerus dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 26 Jun 2018
2:27 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75812
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan