Sunday, 29 April 2018

Calon BN Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Kerusi Parlimen Kuala Nerus dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Pengumuman pengesahan kesemua calon yang akan bertanding pada PRU14 dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Nerus, Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil di pusat penamaan calon di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Kuala Nerus selepas tempoh bantahan berakhir.

Tengku Asmadi Tengku Mohamad calon BN akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus menentang Abdullah Muhamad (PKR) dan Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali calon Pas.


Penyandang kerusi DUN Seberang Takir, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan dicabar oleh calon PKR, Abu Bakar Abdullah dan calon Pas, Mohd Fazil Wahab.

Bagi DUN Tepuh, calon BN Dato’ Basir Ismail akan berhadapan dengan calon Pas, Hishamuddin Abdul Karim dan calon PKR, Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan.

Che Mansor Salleh (BN) dicalonkan bagi kerusi DUN Buluh Gading bakal ditentang oleh calon PKR Azri Chik dan Ridzuan Hashim (Pas).

DUN Bukit Tunggal menyaksikan calon BN, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad disaingi oleh Dr Alias Razak (Pas) dan Fatimah Laili Omar (PKR).

Dalam pada itu kira-kira 5,000 penyokong calon BN hadir seawal pukul 7.30 pagi untuk memberi sokongan kepada calon-calon yang bertanding. - teganukita.net

Related Posts:

  • Peruntukan RM3 Juta Bina Bangunan Serikandi Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina bangunan baharu milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman… Read More
  • Peruntukan RM5 Juta Selesai Banjir Di Taman Ajil Perdana Kerajaan negeri akan memperuntukkan sehingga RM5 juta untuk menaik taraf 'Monsoon Drains' atau longkang di Taman Ajil Perdana, Ajil, Hulu Terengganu bagi menyelesaikan masalah limpahan air banjir di kawasan tersebut.Menter… Read More
  • TPM Meriahkan Resepsi Putera Tengku Zainuddin Zahid Hamidi dan Ahmad Razif serta Shabery sempat bergurau dengan pengantin dalam majlis resepsi putera Tengku Zainuddin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi… Read More
  • MB Bersarapan Di Medan Selera Ajil Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria sempat meluangkan masa bersarapan dengan orang ramai, di Medan Selera, Ajil, Hulu Terengganu, pagi ini.Beliau disambut oleh pend… Read More
  • Jangan Jadi 'Gunting Dalam Lipatan' -Razif Ghazali berpelukan dengan bekas Adun Ajil, Dato Rosol Wahid pada pertemuan sempena kunjungan Ahmad Razif ke DUN itu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Semua ahli UMNO di negeri ini diminta tidak menjadi '… Read More

Demi Masa

RABU, 4 Jun 2018
3:36 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75581
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan