Sunday, 29 April 2018
Kuasa wanita menjadi penentu utama memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, wanita adalah aset dan senjata utama dalam memastikan kemenangan besar BN pada PRU14 kerana majoriti pengundi adalah kaum hawa.
"Wanita juga merupakan jentera paling hadapan untuk menentukan kekuatan BN dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Pusat dan beberapa negeri diteruskan untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Ini selaras dengan tahun memperkasakan wanita apabila Perdana Menteri sendiri telah mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya dalam pelbagai aspek.
"Saya sendiri telah melihat kekuatan wanita ini melalui program-program yang telah dilaksanakan apabila mereka menjadi nadi di setiap majlis dan hadir tanpa alasan, setia dan sanggup berkorban," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Teganukita di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi Terengganu 2018 di Dewan Al-Bukhari Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir, hari ini.
Turut hadir calon N22 DUN Manir, Yusof Awang Hitam dan Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Ramlah Idris.
Seramai 690 orang ibu tunggal yang berdaftar menerima bantuan wang tunai RM200 serta barangan keperluan dapur bernilai RM100 kepada setiap
Sementara itu seorang penerima, Rohani Abd Manan, 49, ibu kepada tiga orang anak yang berusia 21 hingga 25 berkata, bantuan yang diterima memberi seribu rahmat kepadanya sebagai ibu tunggal sejak 20 tahun lalu.
"Walaupun bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan tetapi bantuan yang diberikan pada hari ini meringankan beban harian lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
"Terima kasih kepada kerajaan BN yang sememangnya cakna kepada rakyat terutama golongan ibu tunggal yang sememangnya memerlukan perhatian daripada pemimpin...bukti pilihan kami adalah tepat sejak dulu kini dan selamanya," katanya. - teganukita.net
Related Posts:
Banjir : Makin Pulih Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan tahap sungai utama semakin surut dan kembali kepada paras normal. Bagaimanapun, kesan bencana itu mengakibatkan banyak kawasan yang terjejas teruk terutama ladang dan … Read More
Banjir : Skuad Sukarelawan TTB Dikerah Bantu Pasca Banjir Ahmad Razif dan isteri bersama dengan sukarelawan dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dewan Sivik Paka, Dungun. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Skuad Sukaralewan TTB dikerah membantu mangsa bencana banjir di… Read More
Banjir : PM Lawat Mangsa Banjir Di SK Banggol Peradong Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir, hari ini. Dalam lawatan tersebut, Mohd Najib yang tiba kira-kira j… Read More
Banjir : Tubuh Jawatankuasa Pembersihan Tandas Di Pusat Pemindahan Banjir Jawatankuasa pembersihan tandas di semua pusat pemindahan banjir akan ditubuhkan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir terutama mereka yang uzur dan warga emas. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Sh… Read More
Banjir : Empat Sekolah Masih Ditutup Esok Empat sekolah masih ditutup sesi persekolahan esok, disebabkan banjir yang masih melanda di beberapa daerah khususnya Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.Sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Las k… Read More