Sunday, 29 April 2018


Pengerusi Badan Nasional (BN) Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yakin BN akan menang di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, kemenangan mampu berpihak kepada BN dengan pertaruhan calon-calon yang berwibawa.

“Saya melihat bahawa di peringkat akar umbi, pengundi-pengundi amat berkeyakinan penuh terhadap kerajaan BN dan penerimaan rakyat juga begitu baik sekali.

“Tiada sebab untuk rakyat menolak calon BN. Saya berkeyakinan penuh dengan calon-calon yang ditonjolkan yang begitu berwibawa yang diketua oleh Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi dan dibantu oleh pegawai pembangunan parlimen dan pegawai penyelaras DUN yang mempunyai pengalaman menjaga kawasan masing-masing selama empat tahun," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan kepada wakil SPR di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.

Ahmad Razif yang merupakan calon DUN Seberang Takir di samping Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (Bukit Tunggal), Datuk Basir Ismail (Tepoh), Che Mansor Salleh (Buluh Gading) dan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Parlimen Kuala Nerus) menyerahkan borang pencalonan masing-masing kira-kira 9.05 pagi. - teganukita.net

Related Posts:

  • Hospital KTS Dijadual Beroperasi Ahad Ini Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang baharu di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok,  bakal beroperasi mulai Ahad ini dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan pakar yang menjanjikan suasana lebih selesa dan terbaik,… Read More
  • PBSNT Laksana Transformasi Untuk Tambah Baik Kelab Foto oleh : Harish Fadzillah Abu Kassim Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan pelbagai transformasi bagi menambah baik kelab-kelab di bawah naungannya.Antaranya adalah dengan menubuhkan sebuah syarika… Read More
  • MB Lancar Tabung Amanah Kawat Ahmad Razif bersama para pengamal media yang mengenakan tema 'Back To School'  pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Persekolahan di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim … Read More
  • 300 Tadika Kemas Uzur Dibaikpulih Ahmad Razif bersama kakitangan Kemas Sebanyak RM9.6 juta diperuntukkan untuk menyelenggara dan membaik pulih 300  Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang uzur di seluruh negara bagi  tahun ini.Ketua Pengarah… Read More
  • Mek Awang Balik Kampung 1 Februari Ini Program Mek Dan Awang Balik Kampung akan berlangsung bermula 1 Februari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Program Mek Dan Awang Balik Kampung selama tiga hari bermula 1 Februari ini bakal dijadikan sebagai pembuka tirai… Read More

Demi Masa

RABU, 18 Jun 2018
10:58 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75714
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan