Sunday, 29 April 2018

Halina menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal.
Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) hari ini menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 900 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit melalui program siri Jelajah Cakna Ibu Tunggal Serikandi.

Dalam perjumpaan ramah mesra itu, masing-masing menerima wang tunai RM200 beserta  barangan keperluan dapur bernilai RM100 yang disampaikan oleh Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria yang juga isteri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sehingga kini program itu sudah menjelajah ke 20  lokasi antaranya Telemong, Bukit Payung, Wakaf Mempelam, Pengkalan Berangan, Kuala Nerus, Jabi, Bandar, Ladang dan Batu Rakit merupakan lokasi yang ke-20.


Halina berkata, bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal dalam menguruskan kehidupan seharian mereka setelah ketiadaan suami di sisi.

"Kira-kira 32,000 ibu tunggal yang berdaftar di negeri ini akan diberi bantuan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM6.4 juta," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Serikandi bagi DUN Batu Rakit  di Dewan Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin, Batu Rakit, hari ini.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN)  Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee dan calon DUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.

Menurut Halina, kerajaan negeri di bawah YPKT dan Syarikat Air Terengganu (Satu) merupakan penyumbang utama kami dalam menjayakan program murni ini dan merupakan yang terbesar pernah dlaksanakan.

"Kerajaan BN akan terus membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan untuk memastikan tiada yang terpinggir," katanya - teganukita.net

Related Posts:

  • Hadiah Lumayan Sepanjang Ekspo Trg 2018 Tengku Putera menunjukkan baju untuk Eskpo Terengganu 2018 semasa mengadakan taklimat kepada petugas media. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung sepanjang tujuh hari bermula 25 Februari in… Read More
  • EKSPO TERENGGANU 2018 : Terengganu Sasar Jadi Destinasi Pelancongan Bertaraf Tinggi YB Tengku Zaihan mewakili Menteri Besar melancarkan Sisipan Khas Kempen Beautiful Terengganu bersama News Straits Times Press (NSTP) di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku S… Read More
  • Jalur Lebar Negara Antara Yang Terbaik -Jailani Jailani sempat melawat pusat ternakan landak yang diuruskan oleh Muhammad Fauzan (kanan) di Kampung Tanggol Jangan cuba bandingkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi 4G antara Malaysia dengan negara luar oleh rang… Read More
  • GODA Dekati Hati Masyarakat Setempat Johari bersama sebahagian Ajk Pemuda UMNO Bahagian dan DUN Manir membaca doa ketika melawat seorang pesakit yang uzur di Manir. Program Gegar Orang Muda (GODA) Bahagian Hulu Terengganu menjadi salah satu platform bagi m… Read More
  • Bas Amfibia Jadi Bahan Fitnah Ahmad Razif bersama wakil panel penasihat klinik kesihatan yang menerima bantuan kewangan untuk jabatan. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Bas amfibia (Amphicoach) yang diterima kerajaan negeri dua hari lalu menjad… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:58 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan