Sunday, 29 April 2018



Proses penamaan calon bagi Parlimen Hulu Terengganu berjalan dengan lancar, walaupun selesai selepas empat jam borang pencalonan dihantar kepada petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

Proses penamaan calon menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR bagi parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perarakan mengiringi calon bermula pada jam 8.30 pagi diketuai calon P038 Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid diikuti Dato' Rozi Mamat (Telemong), Yusof Awang Hitam(Manir), Dato' Tengku Putera Tengku Awang(Kuala Berang) dan Dr Ghazali Taib ( Ajil) menuju ke dewan syarahan di mana proses pencalonan di adakan.

Diikuti calon-calon Pas yang diketuai Muhyidin Abdul Rashid  (Parlimen Hulu Terengganu) dan Kamaruzaman Abdullah (Telemong), Hilmi Harun (Manir), Mamad Puteh (Kuala Berang) dan Maliaman Kassim (Ajil).

Manakala calon PKR pula Dato' Razali Idris (Parlimen Hulu Terengganu), Sharifah Norhayati Syed Omar (Telemong), Hafizuddin Hussin (Manir), Mohd Nor Othman (Kuala Berang) dan Zamani Mamat(Ajil).



Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud, berkata proses penamaan calon berjalan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dengan kawalan dan kekuatan 130 anggota yang bertugas sepanjang proses tersebut. - teganukita.net

Related Posts:

  • Jejambat Bukit Tumbuh Lancarkan Lalu Lintas Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, baru-baru ini. Dakwaan pembangkang  yang  menyatakan pembinaan jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu yang beropera… Read More
  • Sistem Pilihanraya Negara Antara Terbaik Dunia Dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya negara sebelum ini adalah tidak berasas sama sekali.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato’ Sri … Read More
  • Shabery Sangkal Dakwaan Bekas TPM Isu Persempadanan Semula Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyangkal dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa persempadanan semula kawasan pilihanraya memberi kelebihan kepada Barisan Nasiona… Read More
  • Taman Ilmu Fasa Terakhir Kemasukan Pelajar Pembangunan Taman Ilmu yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004  kini sedang dalam fasa terakhir memasukkan pelajar.Projek menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan di… Read More
  • Pakatan Harapan Terengganu mulai kecamuk Baru sahaja tinggal bersesak di rumah dengan hasrat berkongsi segalanya, namun dengan keadaan sekitar membiakkan hama, penghuninya mula diserang penyakit kudis buta yang mudah berjangkit. Resah pedih gatal itu seakan tidak… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:58 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan