Tuesday, 24 April 2018

Salleh
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (PPD) Wakaf Mempelam, Salleh Othman optimis mampu menarik lebih ramai pengundi di DUN itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya,  pengalaman sejak 1982 berkecimpung dan berkhidmat dalam dunia politik sebelum dilantik sebagai PPD sejak empat tahun lalu memberinya kelebihan untuk memahami landskap politik di kawasan yang sudah sekian lama dikuasai pembangkang itu.

"Saya positif dengan situasi politik masa kini dan dapat melihat penerimaan pengundi terhadap BN kian baik di Kuala Terengganu termasuk di DUN Wakaf Mempelam.

"Malah, di DUN Wakaf Mempelam juga kita merekodkan sejumlah 10,611 pengundi yang menyokong BN. Jadi kita sasarkan 1,000 lagi golongan atas pagar dapat menyertai kita dan menambah sokongan sedia ada sekali gus memastikan kemenangan pada 9 Mei ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pengumuman Calon-Calon BN Terengganu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Salleh memberitahu, reaksi positif dan penerimaan ramai itu diperolehi hasil pertemuan dan lawatan jentera BN ke rumah-rumah di kebanyakan cawangan sejak kebelakangan ini termasuk penerimaan ahli Pas sendiri.

Tambah beliau lagi, penguasaan pembangkang juga kian merosot apabila mereka sudahpun berpecah dua, sekali gus menjadi antara kelebihan yang akan memihak kepada BN.

Menurut Salleh, jika diukur pertembungan satu lawan satu BN dengan Pas sebelum ini, BN  pernah merekodkan kekalahan dengan majoriti 600 undi.

"Rekod satu lawan satu (BN-Pas) dilihat kita sama-sama kuat. Jika lebih dari 1,000 majoriti undi (kalah) itu mungkin wujud masalah dalaman. Alhamdulillah ini semua tidak berlaku setakat ini.

"Kita berharap  proses dan perjalanan PRU ini lancar dan tiada protes dalaman. Malah, saya melihat kesatuan dan muafakat di kalangan jentera parti dan akar umbi bagi membuat sebarang keputusan untuk kebaikan bersama juga satu senario yang positif, "katanya.

Kata beliau lagi, penduduk di DUN itu juga tidak seharusnya menoleh ke belakang lagi dan keluar menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei ini dengan memilih BN supaya mandat yang dizahirkan dapat membawa lebih banyak pembangunan dan projek kesejahteraan rakyat. - teganukita.net

Related Posts:

  • PAU 2017 : Melayu Dan UMNO Berpisah Tiada Tidak ada parti lain yang boleh membela nasib orang Melayu kecuali UMNO. Bak kata pepatah orang lama, Melayu dan UMNO berpisah tiada, tegas Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Menurutnya, yang penting adalah bagaim… Read More
  • PAU 2017: UMNO Bukan Kerja Semasa PRU Sahaja Mohd Sabri Alwi UMNO dan Barisan Nasional tidak hanya turun padang untuk pilihan raya semata-mata, tetapi bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, pelb… Read More
  • PAU 2017 : UMNO Terengganu Di Landasan Tepat Hadapi PRU14 UMNO negeri kini berada di landasan tepat berdasarkan saranan Presiden Parti supaya seluruh jentera parti berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri … Read More
  • PAU 2017: UMNO Perlu Menang, Elak Sesal Masa Depan UMNO perlu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang supaya tidak menyesal pada masa akan datang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,  ucapan dasar Presi… Read More
  • PAU 2017 : Pilihan Tepat Demi Masa Depan Setiap warga negara perlu membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi demi kepentingan negara dan masa depan generasi akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri Batu … Read More

Demi Masa

SELASA, 8 Julai 2018
8:59 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75965
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan