Monday, 11 September 2017
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyarankan semua pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan program ke arah gaya hidup sihat serta mampu mengurangkan bebanan hidup rakyat yang menepati satu daripada konsep tiga P iaitu menangani peningkatan kos sara hidup.
Katanya, terpulang kepada inisiatif dan kreativiti pemimpin untuk mengatur program yang mampu memberi manfaat dan melibatkan semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia serta peringkat.
"Ada sesetengah DUN yang mengadakan program 'free market' dan lawatan dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan dan meringankan bebanan masyarakat setempat.
"Di Jertih Besut pada minggu lepas sempena Hari Peladang dan Penternak dengan kerjasama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa di pasaran serta ini satu cara membantu masyarakat, " katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Sihat Merdeka Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.
Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar.
Program kempen gaya hidup sihat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sempena Karnival Sukan DUN Seberang Takir sepanjang tiga hari bermula Khamis lalu, melibatkan acara gegar 10, 000 langkah merdeka dan juga senamrobik menangani kos sara hidup.
Menurut Ahmad Razif lagi, inisiatif mengadakan cabutan bertuah berupa bekalan asas seperti minyak, beras dan pelbagai keperluan dapur melalui acara senamrobik itu sekali gus sebagai meringankan bebanan hidup masyarakat dan langkah penyelesaian kos sara hidup jangka pendek. - teganukite.net
Related Posts:
Mangsa Banjir Bertambah Kepada 2,159 Orang Pertembungan air pasang besar dengan air sungai di Kuala Kemaman malam tadi, menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah itu makin bertambah.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che … Read More
Satu Lif HSNZ Siap Diganti Baharu Lif nombor 5 di HSNZ siap dinaik taraf sepenuhnya. Kerja menggantikan satu lif Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi fasa pertama siap sepenuhnya hari ini.Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir… Read More
Kos Baiki Laluan Pejalan Kaki Ditanggung Kontraktor Pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah di Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Isma… Read More
Banjir: JPNT Perlu RM380,000 Baiki Kerosakan Sekolah Penerima anugerah bergambar kenangan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah memohon peruntukan sebanyak RM380,000 daripada Kementerian Pendidikan bagi membaiki kerosakan sekolah yang berlaku sepanjang musim teng… Read More
MBKT Segera Baik Pulih Laluan Jalan Kaki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) segera melaksanakan kerja membaik pulih laluan pejalan kaki yang runtuh akibat ribut pada Ahad lalu.Kerja-kerja baikpulih dijalankan sebelah malam bagi memastikan tidak menganggu ur… Read More