Monday, 2 April 2018

Antara aktiviti dilaksanakan sempena Fit Malaysia pagi ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Terengganu bakal membangunkan gimnasium rakyat di Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, kemudahan sukan di seluruh Terengganu untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan masyarakat.

Katanya, buat permulaan, kemudahan itu akan dibina di Kuala Nerus sebelum diteruskan ke setiap DUN.

"Kita juga merancang untuk mewujudkan program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berserta insentif untuk menggalakkan rakyat membentuk berat badan ideal," katanya ketika merasmikan Program FIT Malaysia peringkat negeri di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, pagi ini.

Ahmad Razif turut mengumumkan pembinaan litar lumba kedua bersebelahan Velodrom Azizulhasni yang bakal dibina di Dungun.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Briged Jeneral Mohd Khairy Jamaluddin juga mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan baharu di DUN Jabi untuk masyarakat sekitar Setiu.

Khairy berkata, program Fit Malaysia di Terengganu pada kali ini mencatat rekod tersendiri, apabila menarik penyertaan kira-kira 25,000 peserta menerusi acara larian dan berbasikal sekali gus menjadi antara penyertaan terbesar negara setakat ini.
 - teganukita.net

Related Posts:

  • 90 Peluncur Udara Terbang Di Kota Putera, Besut Seramai 90 peluncur udara termasuk kira-kira 60 peserta luar negara menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (TIPCO) 2017 di Tapak Luncur Udara Kota Putera, Besut selama lima hari bermula Selasa ini (12 Me… Read More
  • Terengganu Drag Battle 2017 King Of The King 2.0 Himpun 500 Pelumba Antara pelumba yang akan turut memeriahkan kejohanan yang bakal bermula pada 27 April ini di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Permotoran Terengganu Darul Iman (P… Read More
  • LAJSM 2017 Sasar 5,000 Atlet Luar Terengganu Rozi menunjukan baju peserta LAJSM 2017. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang menawarkan hadiah berjumlah RM186,000 menyasarkan lebih 5,000 pelumba luar Terengganu … Read More
  • Siti Rahmah Cipta Sejarah Ini kebanggaan dan kejayaan berganda buat Terengganu apabila Siti Rahmah memecah rekod muncul anak Terengganu pertama dinobatkan Olahragawati Kebangsaan sejak Anugerah Sukan Negara diadakan 51 tahun lalu, kata Menteri Bes… Read More
  • Litar Lumba Terengganu, Mula Dibuka Pembukaan Litar Lumba bertaraf antarabangsa di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus  adalah ‘hadiah’ kepada golongan muda yang sebelum ini gemar menjadikan jalan raya sebagai litar l… Read More

Demi Masa

SELASA, 3 Jun 2018
8:19 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75577
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan