Thursday, 11 May 2017


Seramai 90 peluncur udara termasuk kira-kira 60 peserta luar negara menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (TIPCO) 2017 di Tapak Luncur Udara Kota Putera, Besut selama lima hari bermula Selasa ini (12 Mei).
Kejohanan julung kali diadakan di Terengganu sempena Visit Beautiful terengganu 2017  itu adalah satu usaha kerajaan negeri mempromosikan aktiviti luncur udara sebagai satu daya tarikan pelancongan atau yang berpotensi besar diketengahkan kerana keunikannya.
Pengurus Acara, Anuar Ngah berkata, seramai kira-kira 60 peluncur udara luar negara termasuk dari Thailand, Australia, Iran, Norway, Nepal, Jerman, Perancis, Singapura, Jepun dan Arab Saudi turut mencabar diri menyertai acara lasak itu.
"Sebanyak 24 buah negara menyertai kejohanan ini yang membabitkan seramai 90 peluncur termasuklah dari Malaysia, " katanya.

Kejohanan dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Kelab Paramotor Terengganu dan Biro Paragliding MSAF itu.
Katanya, antara yang menyertai kejohanan kali ini ialah pemenang anugerah National Geographic 2012, Sano Babu Sunuwar dari Nepal yang pernah meluncur tiga puncak dunia iaitu Gunung Everest, Kilomanjaro dan Elbrus.
"Selain itu, terdapat juga pertunjukan akrobatik luncur udara dari Sepanyol dan Denmark,"katanya.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan hadir pada majlis penyampaian hadiah pada 14 Mei ini.
Dalam pada itu, Anuar berharap orang ramai beramai-ramai hadirmenyaksikan kejohanan luncur udara antarabangsa terbesar di Malaysia yang pertama kali mengiktiraf Terengganu selaku tuan rumah itu. - teganukite.net

Related Posts:

  • Projek Pembangunan Berskala Besar Dijangka Siap Tahun Hadapan Ahmad Razif bergambar bersama sebahagian ahli PKMM Negeri Terengganu pada Menyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu kali Ke-42 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. F… Read More
  • Bantuan Serikandi Berterusan - Halina Bantuan keperluan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 kepada setiap ibu tunggal menerusi Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi (Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu) ke selu… Read More
  • PRU14 : Wan Nawawi Sedia Bertanding Wan Nawawi ketika menjawab soalan Teganukita selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Wisma Darul Iman, pagi ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato… Read More
  • PRU14 : Deposit Pasang Bendera Hanya Cagaran Bayaran deposit RM50 bagi permit pemasangan bendera dan iklan pilihan raya di setiap jalan di kawasan pentadbiran Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) bukanlah perkara baharu, sebaliknya diperkenalkan sejak PRU13.Datu… Read More
  • Pesara Perlu Sokong Kerajaan Rakyat Terengganu termasuk pesara kerajaan diminta supaya tidak menyokong mana-mana parti baharu yang berteraskan kepentingan peribadi selain dilihat mahu membalas dendam akibat dipinggirkan daripada parti lama semata-ma… Read More

Demi Masa

SELASA, 24 Jun 2018
7:03 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75788
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan