Monday, 2 April 2018

Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Azizulhasni . Foto Tg Syamim Tg Ismail

Kerja- kerja pembinaan Velodrom Azizulhasni di Dungun yang dirancang sejak beberapa tahun lalu, akan dimulakan dalam tempoh terdekat

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata velodrom bernilai kira-kira RM12 juta itu akan dibina di atas tanah seluas 12 hektar di Kampung Balai Besar, di Dungun dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

"Dengan terbinanya velodrom ini, ia sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kerana memiliki prasarana sukan bertaraf antarabangsa di daerah ini.

"Selain itu, kita harap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai pelapis berpotensi untuk mewakili negara dalam sukan lumba basikal di kejohanan peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peletakan Batu Asas Velodrom Terengganu di Dungun, petang ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.

Velodrom itu dibina sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang juga anak jati Dungun kerana berjaya mengharumkan nama negara hingga ke pentas dunia dalam acara lumba basikal. - teganukita.net

Related Posts:

  • Malaysia Tundukkan China 2-1 Zaharim meraikan jaringan pembukaan olehnya seawal minit ke-2. Malaysia tewaskan China 2-1 dalam perlawanannya yang terakhir bagi peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC yang berlangsung di Pantai Batu Buruk,… Read More
  • Ukom Juara Kejohanan Futsal Epic Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) muncul sebagai juara Kejohanan Futsal Jemputan EPIC 2017 yang berlangsung di Sports Planet Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Dalam kejohanan julung kali anjuran anak syarikat keraja… Read More
  • Malaysia Kalah Tipis Di Tangan Bahrain Pemain Malaysia berhempas pulas sebelum kalah tipis 6-5 di tangan Bahrain. Foto oleh Harish Fadzillah Malaysia sekali lagi tewas dalam pusingan kumpulan pada  Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC menentang Bahrain … Read More
  • Malaysia Kecundang 0-14 Aksi perlawanan antara Malaysia menentang Iran petang ini. Tuan rumah tumpas 0-14 . Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Selepas tewas di tangan Afghanistan semalam, Malaysia hari ini dimalukan lagi apabila kecundang … Read More
  • Ukom, Kawat Wakil Media Kejohanan Futsal EPIC Ukom (jersi putih) akan turut berentap dalam Kejohanan Futsal Jemputan Piala EPIC di Sports Planet Gong Badak, esok. Dua pasukan di kalangan pengamal media bakal bersaing dengan 22 pasukan lain dalam Kejohanan Futsal Jem… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 3 Julai 2018
6:52 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75904
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan