Monday, 5 March 2018

Lima pengunjung bertuah diberi peluang mendekorasi kek yang dianjurkan oleh Hotel Permai di Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.

Hotel Permai, Kuala Terengganu membuka peluang kepada pengunjung untuk mendekorasi kek pada Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

Pengurus Besar hotel tersebut, Noralizan Abd Rahman berkata program tersebut diadakan untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri cara mendekorasi kek.

Katanya, pihak Hotel Permai mencari satu slot khas untuk bersama pengunjung dalam menunjukkan demonstrasi tersebut.

"Sebelum membuka peluang kepada pengunjung, pihak kami terdahulu menunjukkan cara untuk mendekorasi kek oleh chef di hotel kami.

"Kemudian, lima pengunjung bertuah di ekspo tersebut diberi peluang mencuba untuk mendekorasi kek tersebut mengikut kreativiti masing-masing," katanya kepada Teganukita.

Tambahnya, lima pengunjung bertuah tersebut turut menerima saguhati daripada Hotel Permai manakala dua pemenang utama dalam mendekorasi kek itu pula menerima penginapan dua hari satu malam di Hotel Permai.

Dalam pada itu, Noralizan berkata sepanjang ekspo tersebut berlangsung, lebih separuh daripada staf hotel berada di sini bagi menjayakan program-program yang disediakan oleh pihaknya.

"Di sebelah luar, kami sediakan 'booth' jualan makanan manakala di dalam pavilion pula disediakan 'booth' jualan produk serta untuk penerangan.

"Selain dari mengendalikan pelbagai program di Ekspo Terengganu 2018 ini, pihak kami juga terlibat dalam penyediaan makanan untuk disajikan kepada orang-orang kenamaan yang hadir ke sini," katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Mariam  mengoreng pisang menggunakan dapur kayu Tidak hanya dikenali kerana keenakan dan kerangupan pisang gorengnya, kaedah memasak menggunakan dapur kayu turut menambah tarikan pelanggan.Malah, aroma pisang goreng m… Read More
  • KMI-PNBC Jalin MoU Bina Hospital Baru Di Sri Petaling, KL Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim dan Timbalan Presiden Kumpulan PNB, Dato' Mohd Nizam menandatangani MouU bagi pembinaan hospital baru di Sri Petaling, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razi… Read More
  • Sushi Dua Beradik Raih Pendapatan Hingga RM5,000 Sebulan Mula memasak kimbab secara suka-suka dan untuk hidangan keluarga kini bertukar menjadi sumber pendapatan lumayan buat dua beradik di Kemaman.Pada awalnya, Wan Nurin Nadhirah Wan Mahadi, 19, bersama kakaknya Wan Siti Nabila… Read More
  • Terengganu Lancar Pelan Induk Pelancongan Negeri 2018-2025 Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU dengan Dato’ Dr Amin Khan sambil disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Razif dan Dato' Seri Idris Jala. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri melalui Unit Transformasi Neger… Read More
  • Terengganu - Huawei Jalin Kerjasama Transformasi ICT Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU bersama Abraham Liu sambil turut disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Ahmad Razif. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Satu kerjasama antara kerajaan nege… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
3:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan